
Branded
Cara Santai Layan TikTok Sambil Buat Duit, Tak Perlu Follower Beribu Boleh Start!
Kadang-kadang duit gaji tu rasa macam asap, masuk pagi, petang dah hilang, lesap entah ke mana. Kalau ada cara nak buat duit lebih tanpa keluar rumah, tanpa perlu modal besar, mesti ramai yang nak cuba kan?
Jom Jana Pendapatan Dengan TikTok Shop Affiliate Link
Asyik scroll TikTok je, apa kata cuba peluang baru untuk semua orang, tak kira ada follower ramai atau tak.
Dengan TikTok Shop Affiliate Link, anda boleh dapat komisen hanya dengan kongsi link produk, kedai, atau page kempen dari TikTok Shop.
Setiap kali ada orang beli produk melalui link yang anda kongsi, anda akan dapat komisen. Syaratnya mudah, order itu mesti berjaya dihantar dan bukan order yang dibatalkan atau dipulangkan. Mesti pernah nampak kat TikTok Shop kan?
Menariknya, program ini tidak perlukan follower minimum. Jadi walaupun akaun TikTok anda masih baru, anda tetap boleh mula. Cuma ada beberapa fungsi yang akan terbuka bila akaun anda capai syarat tertentu.
Macam Mana Nak Mula?
1. Daftar Akaun TikTok Shop Creator
Log masuk ke TikTok anda dan daftar untuk sertai TikTok Shop Creator.

2. Cari Produk atau Kedai yang Anda Suka
Pilih produk yang anda rasa sesuai dengan audience atau kawan-kawan anda. Lagi bagus kalau anda pernah guna atau yakin dengan kualitinya. Bila dah cuba sendiri dan suka, lagi senang nak yakinkan orang untuk beli kan?
3. Buat Link Affiliate Anda
TikTok Shop akan bagi link khas untuk anda. Dengan link unik ini, jadi bila orang beli guna link tersebut, sistem akan rekod komisen untuk anda. Senang kan?
4. Kongsi di Mana-Mana Platform
Anda boleh letak link itu di TikTok, Instagram, Facebook, WhatsApp, blog atau mana-mana saluran lain. Lebih ramai orang klik, lebih tinggi peluang anda dapat jualan. Haa, bukan dekat TikTok je tau boleh share, platform lain pun boleh.
5. Tunggu Komisen Masuk
Kalau pembelian berjaya iaitu selepas pesanan selamat sampai kepada pembeli, komisen akan terus dimasukkan ke akaun anda.
6. Ulang dan Kembangkan
Mula dengan produk yang senang jual kemudian cuba niche lain. Lagi banyak link berkualiti yang anda kongsi, lagi banyak peluang anda jana pendapatan.
Kongsikan barang mengikut minat, niche
Kalau minat hiking, jogging atau bersenam boleh mula dengan pakaian atau keperluan beraktiviti ini. Untuk suri rumah pula, dah beli sabun basuh wangi dan murah? Apa lagi, kongsikan link untuk menjana pendapatan dengan affiliate link.
Ringkasnya, ini cara buat duit yang tidak memerlukan modal, tidak perlu follower ramai dan boleh mula sekarang juga.
Untuk info lanjut lawati website INI dan jangan lupa follow TikTok Shop di Facebook dan Instagram dan mulakan perjalanan di TikTok Shop hari ini.
