Connect with us

Oh! Media

Branded

#TikTokShop66FiestaHariJadi & Berpeluang Dapat Pelbagai Hadiah Menarik Setiap Hari Hanya Di TikTok Shop

Pejam celik, pejam celik, tak sedar dah 2 tahun kita duk shopping dekat TikTok Shop kan?


Bestie, baik mengaku siapa dekat sini suka check out barang dekat TikTok Shop, kita geng! 

Bermula dari barang keperluan rumah, pakaian sehingga produk penjagaan kulit pun beli dekat TikTok Shop tau.

Mana taknya, kalau boleh shopping dengan harga yang lebih murah dan pastinya pelbagai promosi setiap bulan, memang TikTok Shop je la jawapannya. Tambah lagi, kalau dapat baucar free shipping, berbaloi betul kan~

Ha, bagi peminat TikTok Shop, kami ada berita baik untuk korang. Sempena menyambut ulang tahun yang ke-2, TikTok Shop akan mengadakan Fiesta Hari Jadi yang akan bermula tidak lama lagi pada 3 sehingga 7 Jun ini. 

Eh, ingat korang je yang nak celebrate birthday, TikTok Shop pun nak juga.

#TikTokShop66FiestaHariJadi & Berpeluang Menangi Pelbagai Hadiah Menarik 

#TikTokShop66FiestaHariJadi

Bermula 3 hingga 7 Jun ini, korang berpeluang untuk nikmati pelbagai tawaran menarik dari harga promosi hinggalah ke giveaway hanya di TikTok Shop 6.6 Fiesta Hari Jadi. 

Wow, menarik kan. Tapi… nak baucar free shipping boleh? 

Eh, tentulah ada baucar free shipping juga. Paling penting, tak ada had perbelanjaan minimum! Korang dah boleh shopping sepuasnya. 

Bukan itu sahaja, istimewa sempena TikTok Shop 6.6 Fiesta Hari Jadi, korang boleh dapatkan pelbagai tawaran menarik sehingga RM6 Juta dan berpeluang memenangi salah satu dari enam hadiah yang disediakan setiap hari. 

Korang hanya perlu sertai cabaran #TikTokShop66FiestaHariJadi dan berpeluang menangi hadiah menarik! 

Antara jenama yang terlibat adalah, Armila, Cosrx, Zucca, Sawanah Koko, Skintifc, dan banyak lagi. 

Siaran Langsung Istimewa Bersama Artis Tempatan & Pencipta Kandungan Kegemaran Korang 

#TikTokShop66FiestaHariJadi

Korang mesti selalu scroll TikTok nak tengok video-video menarik dari pencipta kandungan kegemaran korang, tapi terscroll LIVE jualan la pula. 

Kadang tu diorang duk jual pakaian, tudung dan banyak lagi. Tapi paling menyesal bila scroll terjumpa pula seller tengah makan mee kari la, duk tunjuk sambal lagi. Aduh, baru nak diet tapi dah check out pula. 

Hmm, rasa bersalah tapi kita sambung diet esok la eh. JANJI!

Ha, korang yang suka sangat check out masa live tu take note ya. Sempena TikTok Shop 6.6 Fiesta Hari Jadi kali ini, TikTok Shop akan mengadakan LIVE istimewa yang akan berlangsung hanya 2 jam SAHAJA. 

LIVE ini akan berlangsung pada 5 Jun, bermula jam 9.00 malam sehingga 11.00 malam dengan pelbagai promosi disediakan dan akan bersiar secara langsung di TikTok Shop_My dan saluran YouTube TV3.  

Tak lupa juga, korang akan dihiburkan oleh artis tempatan dan pencipta kandungan kegemaran korang seperti Haziq, Nani, Syamel, Imranbard, Ceddy dan ramai lagi. 

TikTok Shop juga akan mengadakan LIVE setiap hari sepanjang kempen berlangsung dan akan dibawakan oleh pencipta kandungan dan penjual kegemaran korang juga tau. 

TikTok Shop “Offline” Di Sunway Pyramid Bersama Pencipta Kandungan Kegemaran Ramai 

Selalunya, TikTok Shop online je kan. Tapi pernah tak korang terfikir best juga kalau dapat shopping dekat TikTok Shop depan-depan. Bolehla jumpa dengan seller kegemaran korang nanti. 

Korang nak, TikTok Shop tunaikan!

TikTok Shop akan mengadakan jualan “Offline” yang akan berlangsung di Sunway Pyramid, Orange Concourse bermula 6 sehingga 9 Jun ini. 

Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan dan baucar eksklusif serta goodie bags disediakan khas untuk korang tau. Paling best, korang berpeluang untuk berjumpa dengan pencipta kandungan kegemaran ramai seperti Khairul Aming, Rahman Chea dan Noreen. 

Korang yang nak sangat jumpa Khairul Aming tu, tunggu apa lagi. Jangan lupa janji korang pada 6 sehingga 9 Jun nanti tau. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, sila layari TikTok Shop sekarang. 

Saya bukan ratu berita tapi RATU PENULIS KANDUNGAN BERBAYAR HIHIHI

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas