Connect with us

Oh! Media

“Maafkan Saya Pernah Mengata Awak” – Netizen Puji Zizi Kirana Jaga Aurat Ketika Bercuti

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 12 06t135517164

Oh! Artis

“Maafkan Saya Pernah Mengata Awak” – Netizen Puji Zizi Kirana Jaga Aurat Ketika Bercuti

Penyanyi rap, Zizi Kirana mencuri perhatian netizen apabila tampil sopan ketika bercuti bersama suami di Semporna, Sabah.

BACA: (Video) “Don’t Judge A Book By Its Cover”, Alunan Taranum Zizi Kirana Buat Ramai Meremang

Mana tidaknya, penyanyi itu dilihat menjaga aurat dengan berstoking, berbaju longgar dan bertudung labuh ketika berada di sebuah pantai di sana. Dalam air pun pakai stoking!

IKLAN

Ketika dihubungi Kosmo!, Zizi walau bagaimanapun berkata, dia tidak layak mendapat pujian menggunung sebegitu. Dia sendiri sebenarnya masih belajar untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik dari hari ke hari.

Isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini turut mengakui berasa segan apabila dipuji hanya kerana pakai stokin dan berbaju labuh.

Zizi Kirana

Namun, dalam masa yang sama dia berasa terharu apabila ramai yang mendoakan kebaikan buat dirinya.

Saya rasa macam tak layak terima pujian daripada orang ramai.

Tetapi, saya sangat menghargai doa-doa yang dipanjatkan mereka. Doa saya juga buat semua yang sedang dalam usaha menjadi muslim yang lebih baik.

Kita belajar sama-sama dan perlahan-lahan mencari reda Ilahi.

Penyanyi ini turut menerima banyak persoalan mengenai tips untuk kekal istiqamah dalam berhijrah. Apa yang boleh dikatakannya adalah belajar bersama-sama.

Tidak kisahlah perjalanan itu perlahan atau lambat, yang penting teruskan berusaha.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas