Connect with us

Oh! Media

(Video) “Don’t Judge A Book By Its Cover”, Alunan Taranum Zizi Kirana Buat Ramai Meremang

9541f8a7 18af 48d5 a8c1 53044f88a35c

Oh! Artis

(Video) “Don’t Judge A Book By Its Cover”, Alunan Taranum Zizi Kirana Buat Ramai Meremang

Baru-baru ini penyanyi lagu ‘Nak Ke Tak Nak’ telah mencuri perhatian ramai apabila dia dikatakan telah berkongsi video dirinya sedang bertaranum.

Biarpun Zizi dikenali sebagai seorang penyanyi dan juga ‘rapper’, tapi siapa sangka rupanya wanita berusia 36 tahun ini juga mampu mengalunkan bacaan kitab suci dengan lancar sekali.

4badb0b1 2298 4184 9cdb 149a9304e898

Zizi yang mengenakan jubah dan selendang berwarna hijau di dalam video itu, dipercayai telah menjadi jemputan di dalam satu program keagamaan yang bakal disiarkan pada bulan Ramadhan nanti. Bukan saja kusyuk, malah lantunan dan kelunakan suara Zizi yang serak-serak basah itu turut membuatkan ramai yang meremang.

IKLAN

Video yang dikongsi Zizi di TikTok itu turut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen. Selain ada yang jatuh cinta dengan suara merdunya ketika bertaranum, ada juga yang berharap semoga Zizi Kirana akan selalu tampil di dalam program-program seperti itu di masa akan datang.

Aduh bergetar tulang rusuk aku. Sedap pula tu mengaji.

Allahuakhbar, lagi sedap suara Zizi bila mengaji. Tak dinafikan dia punya keistimewaan.

Harap Zizi boleh ditampilkan lagi dekat TV macam ni. Memang sesuatu yang indah didengar.

Kadang-kadang tengok orang yang ‘rockers’ ni free hair kita terus judge. Padahal kita tak tahu mereka macam mana. Berdosanya kita. – Tulis netizen di TikTok.

Setiap manusia ada kelemahan masing-masing dan janganlah disebabkan kelemahan seseorang itu, kita senang-senang pula nak buat andaian yang bukan-bukan. Apapun, memang tak disangkal lagi, suara Zizi Kirana memang sedap teruk. Menyanyi dia boleh, bertaranum pun dia boleh sis!

Kredit: Zizi Kirana

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Popular Bulan Ini

Komik Sembang Jerr

Oh! Sembang Jerr - Malaysia Indonesia FIFA ASEAN Cup

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas