Connect with us

Oh! Media

Terima Komen Melampau, Shuk Sahar Cabar Netizen Bersemuka

Shukk

Oh! Artis

Terima Komen Melampau, Shuk Sahar Cabar Netizen Bersemuka

Baru-baru ini, pelakon dan pelawak tanah air, Shuk Sahar telah menyambut ulang tahun kelahiran anaknya dan memuat naik sebuah video memaparkan dia, isteri dan anaknya di laman Instagram miliknya. Namun, di saat mereka sedang meraikan ulang tahun itu, timbul pula komen daripada netizen yang membuatkan Shuk tampil bersuara.

BACA: “Jodoh Di Tangan Tuhan” – Shuk Sahar Nafi Bakal Berkahwin Lagi

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar, 35, telah mencabar individu yang mengelar dirinya gemuk dan membosankan untuk bersua muka dengannya.

IKLAN

Komen berbaur body shaming itu diterimanya melalui ruangan komen yang dihantar oleh seorang individu yang mengakui bosan melihat hantaran Shuk serta menggelar dirinya sebagai gemuk.

Boringlah kau ni tak padan gemok

Shuk yang menganggap komen itu sebagai melampau, dia lantas membalas kembali komen tersebut dan mengajaknya untuk bersemuka bagi menyelesaikan masalah mereka berdua.

Bang, macam panjang kau nak ceramah. Sini DM (Mesej) aku nombor kau kita jumpa

Bagaimanapun, rata-rata netizen pada ruangan komen tersebut meminta agar Shuk bersabar dengan komen negatif tersebut. Malah, para pengikutnya bertindak mengecam individu tersebut dan menganggap komen itu sebagai sangat melampau.

Screenshot 21
Tangkap layar melalui hantaran Shuk di laman Instagram barubaru ini memaparkan dia bersama keluarga menyambut ulang tahun kelahiran anaknya Sumber Instagram

Walaubagaimanapun, komen itu dikatakan telah pun dipadamkan oleh individu tersebut.

Sekadar info, Shuk Sahar telah pun mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, yang dikenalinya pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimin, 1.

Walaupun sebelum ini Shuk pernah digemparkan dengan pelbagai kontroversi, kita seharus tidak terus-menerus mengecamnya, sebaliknya kita perlu sentiasa berfikiran positif dan mendoakan agar dia berubah demi masa depan keluarga serta anak-anaknya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas