Connect with us

Oh! Media

shuk curang

Oh! Artis

“Jodoh Di Tangan Tuhan” – Shuk Sahar Nafi Bakal Berkahwin Lagi

Susulan daripada isu rumah tangga yang tular sekali lagi pada hari ini, personaliti TV dan juga usahawan Shuk Sahar tidak menunggu lama untuk membuka mulut dalam memberi penjelasan tentang apa yang sebenarnya berlaku.

BACA: “Suami Pun Bukan Budak Lagi” – Isteri Shuk Sahar Dedah Diugut ‘Farah’ Lagi

IKLAN

Pelawak terkenal itu menjelaskan bahawa hubungannya dengan isteri, Rossalenna Natassyiah tidaklah seteruk seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen.

View this post on Instagram

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)

Ujarnya lagi, dia dan isteri dalam keadaan baik-baik sahaja namun mengakui memang ada ‘sesuatu’ yang berlaku pada ketika itu namun segalanya masih terkawal.

Manakala bagi mesej perbualan serta gambar ugutan bunuh yang diterimanya, bekas penyampai radio Hot FM ini mendakwa hantaran tersebut adalah kiriman lama yang diterimanya sebelum ini.

shuk sahar dan farahshuk sahar dan farahKata Shuk lagi, isterinya itu mungkin terbawa-bawa dengan emosi sehingga memuat naik gambar serta tangkap layar dipercayai daripada perempuan simpanannya sebelum ini.

Sehubungan itu, dia meminta orang ramai tidak memperbesarkan isu tersebut kerana mereka berdua masih lagi tinggal sebumbung.

View this post on Instagram

A post shared by ????? ???? (@rossa.sera)

Ketika diminta untuk memberi komen mengenai ‘kebenaran’ yang diberikan Rossa untuknya bernikah lagi, Shuk menjawab bahawa perkara itu tidak akan terjadi namun menyerahkan urusan jodoh kepada Allah S.W.T.

“Lambat lagi. Jodoh semua di tangan tuhan..” ujar Shuk ketika dihubungi sebuah media.

Terdahulu, Rossa dilaporkan ada memuat naik hantaran kononnya diugut seorang wanita dan mendedahkan terdapat individu telah menghantar santau terhadap mereka sekeluarga.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Irsa, bekas penulis di Oh! Media yang mahir menghasilkan artikel berkaitan hiburan dan isu trending di media sosial. Kini, beliau meneruskan kecemerlangan penulisannya sebagai sebahagian daripada pasukan di Beautifulnara.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas