Connect with us

Oh! Media

FINAS Umum Pawagam, Aktiviti Lain Sudah Boleh Beroperasi Semula Tidak Lama Lagi! Tetapi…

3b58981f 5e46 4521 9341 304d44869541

Trending

FINAS Umum Pawagam, Aktiviti Lain Sudah Boleh Beroperasi Semula Tidak Lama Lagi! Tetapi…

Berita baik buat anda yang suka menonton Filem di panggung wayang! kerana tak lama lagi pawagam sudah boleh beroperasi semula tetapi, hanya di kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Semalam, menerusi satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mereka telah pun memamklumkan bahawa operasi pawagam bakal beroperasi semula di semua kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.

Menurut FINAS, pengumuman itu juga dibuat dengan merujuk kepada keputusan MKN yang dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang media PKP petang semalam.

IKLAN

Ini bermakna kesemua pawagam di Malaysia (kecuali di kawasan PKPD) kini sudah boleh memulakan operasi mereka selewat-lewatnya pada 5 Mac ini, memandangkan baki 4 negeri yang masih melaksanakan PKP akan berakhir pada tarikh tersebut.

Selain operasi pawagam, aktiviti penggambaran juga turut dibenarkan di semua kawasan PKPB dan PKPP, dan haruslah dilakukan dengan mematuhi semua garis panduan dan pematuhan SOP yang telah ketat oleh Majlis Keselamatan.

25f2b774 f3c6 44ed bddf e6340474b385

Wahhh! 5 Mac ni pawagam dah boleh beroperasi semula gais! Haaa, tapi apa-apa pun team Oh! Media just nak ingatkan pada korang semua, kalau pergi pawagam tu jangan bawa ramai-ramai sangat. Ingat kita masih belum menang dan sila patuhi SOP yang sudah ditetapkan okay! 

Kredit: FINAS

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas