COVID-19
Terkini: Seremban & Port Dickson Laksana PKP Mulai Esok Hingga 1 Februari
Sebentar tadi, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah lagi negeri iaiti Negeri Sembilan.
Ia melibatkan dua buah daerah iaitu Seremban dan Port Dickson yang bermula esok 19 Januari 2021 hingga 1 Februari 2021.
PKP dilaksanakan di daerah Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan bermula 19 Jan hingga 1 Feb – Ismail Sabri@IsmailSabri60 @MKNJPM @KDNPUTRAJAYA pic.twitter.com/McJC5mTgub
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 18, 2021
Pelaksanaan di 2 daerah ini dilihat berikutan peningkatan kes yang agak ketara beberapa hari ini.
Mukim Seremban termasuk dalam Zon Merah apabila mencatatkan 56 hingga 283 kes dalam masa 14 hari.
Mukim Port Dickson pula merekodkan 35 hingga 167 kes dalam masa 14 hari.
Kredit: BERNAMA
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM