Oh! Tidak
Jenama Terkenal Guna Model Lelaki Pakai Busana Wanita Untuk Promosi Undang Kecaman
Jangan guna nama pemasaran untuk normalisasi perkara yang terang salah.
Tular di media sosial sebuah video ‘Tiktok Live’ memaparkan seorang model lelaki mengenakan busana wanita bagi tujuan promosi undang kecaman ramai.
Walaupun ada yang melihat pendekatan itu sebagai strategi pemasaran kreatif, namun ada juga yang menyuarakan rasa kurang senang, khususnya apabila melibatkan isu normalisasi dan sensitiviti masyarakat tempatan.
Netizen anggap tidak kelakar dan melampau

Menerusi perkongsian di Threads, seorang wanita mengakui terhibur dengan gaya promosi jenama berkenaan yang dianggap kelakar.
Namun, ada yang beranggapan pendekatan tersebut dilihat agak keterlaluan dan tidak sesuai untuk dinormalisasikan.


Tidak dapat dinafikan, dunia pemasaran hari ini sering menuntut idea luar kebiasaan untuk menarik perhatian pengguna. Namun, persoalan yang timbul ialah sejauh mana kreativiti yang boleh dilakukan dengan mengambil kira kepekaan budaya dan agama setempat.


Bagi sesetengah pihak, kreativiti tidak seharusnya mengorbankan nilai dan prinsip, terutamanya apabila kandungan tersebut disiarkan secara terbuka dan ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan muda dan kanak-kanak.
Walaupun model bukan islam, wajib hormati norma setempat
Dalam konteks agama Islam, perbuatan lelaki berpakaian menyerupai wanita jelas dilarang. Larangan ini bukan sekadar berkaitan identiti agama semata-mata, tetapi turut menyentuh soal fitrah, adab serta garis pemisah antara jantina yang telah ditetapkan.
Walaupun model yang digunakan bukan beragama Islam, ramai berpendapat tindakan tersebut tetap tidak wajar kerana ia bercanggah dengan norma dan nilai masyarakat tempatan.
Dalam masyarakat yang menjunjung adat, agama dan sensitiviti awam, penggunaan imej sebegini dilihat bukan sahaja mengelirukan, malah berpotensi menormalisasikan perkara yang jelas salah.

View on Threads
Pssttt! Dalam keghairahan mengejar tontonan dan jualan, jenama tidak seharusnya menggadaikan sensitiviti masyarakat, apatah lagi melibatkan isu identiti, agama dan norma setempat.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM