Trending
“Saya Akan ‘Serang’ Mereka!” – Rosyam Nor Bersuara Isu Tengking Budak ‘Intern’
Rosyam Nor akhirnya bersuara isu dakwaan tengking pelatih industri.
Nama pelakon tersohor, Datuk Rosyam Nor kembali menjadi bualan hangat di media sosial selepas tular dakwaan beliau menengking seorang pelatih industri dari sebuah perniagaan alat bengkel.
Menurut laporan Harian Metro, rakaman suara yang tersebar di TikTok itu mencetuskan pelbagai reaksi, malah ada yang mendakwa tindakan tersebut menyebabkan pelatih berkenaan mengalami tekanan melampau dan anxiety.
“Saya akan ‘serang’ mereka” – Rosyam Nor

Rosyam Nor tampil menjelaskan situasi sebenar dan memaklumkan satu pertemuan akan diadakan tidak lama lagi.
Tunggu 14 Februari saya akan ‘serang’ mereka. Mereka akan mengadap saya nanti!
Menurut Rosyam, punca kemarahannya adalah kerana gambar dirinya digunakan tanpa izin oleh pihak perniagaan berkenaan.
Baru-baru ini saya dapati, pihak mereka gunakan gambar saya tanpa izin. Saya jadi marahlah… Rupa-rupanya, saya dapat tahu bahawa mereka memang nak jumpa dan lantik saya sebagai rakan kongsi.
Nafi insiden sekadar strategi pemasaran

Menjawab dakwaan kononnya insiden itu sekadar strategi pemasaran, Rosyam menegaskan perkara tersebut bukan dirancang olehnya.
Mereka yang buat pemasaran, tetapi saya bernasib baiklah dapat kalau rezeki dilantik sebagai rakan kongsi. Bila saya ‘hentak’, kini saya sudah menjadi ‘partner’ mereka.
Perkembangan itu sekali gus mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya bagaimana isu panas tersebut akhirnya membawa kepada kerjasama perniagaan.
Pssttt! Dalam dunia kerja dan perniagaan, komunikasi berhemah sangat penting. Teguran perlu dibuat dengan cara yang betul agar tiada pihak terkesan dari segi emosi dan mental.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM