Connect with us

Oh! Media

Dua Lelaki Dicekup Buat Aksi Tidak Senonoh Dalam Kereta Pada Jam 2 Pagi

Kereta Polis Malaysia

Oh! Tidak

Dua Lelaki Dicekup Buat Aksi Tidak Senonoh Dalam Kereta Pada Jam 2 Pagi

Hasil pemeriksaan polis jumpa tisu berisi cecair di tempat duduk belakang.

Waktu orang lain sedang lena dibuai mimpi, dua lelaki pula ‘beraksi’ dalam sebuah kereta di lokasi awam sehingga mengundang perhatian polis yang sedang membuat rondaan.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 2 pagi Jumaat lalu di Jalan Taman Intan Baiduri, Sentul Kuala Lumpur.

Kantoi ketika rondaan polis, jumpa tisu basah ada cecair mencurigakan

Lelaki

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, kedua-dua lelaki berusia 29 dan 24 tahun ditahan polis kerana dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh.

IKLAN

Hasil pemeriksaan lanjut, anggota polis menemui satu gumpalan tisu dipercayai mengandungi cecair di lantai penumpang belakang.

Namun, semakan ke atas kedua-dua suspek dan kenderaan mendapati tiada rekod jenayah.

Lelaki berusia 29 tahun itu kemudiannya mengaku telah melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap lelaki seorang lagi di dalam kenderaan berkenaan.

Difahamkan, kedua-duanya bekerja sebagai jurujual dan telah dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut.

Sudah dibebaskan dengan jaminan polis

Polis

Ahmad Sukarno turut memaklumkan bahawa kedua-dua suspek direman selama tiga hari dan telah dibebaskan dengan jaminan semalam. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan.

Pssttt! Perbuatan tidak bermoral seperti ini bukan sahaja mengundang masalah dengan pihak berkuasa, malah turut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat. Semoga tindakan tegas diambil agar insiden seumpama ini tidak berulang di tempat awam.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas