Connect with us

Oh! Media

Gagal Bayar Hutang Kahwin Isteri Ketiga RM120k, Pendakwah Bebas Dipenjara

Ohmedia ustaz Kena Penjara

Trending

Gagal Bayar Hutang Kahwin Isteri Ketiga RM120k, Pendakwah Bebas Dipenjara

Pendakwah bebas juga dua kali mengingkari perintah mahkamah.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 hari terhadap penceramah bebas, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli yang didapati gagal melunaskan hutang perkahwinan berjumlah RM120,000 kepada bekas isteri ketiganya.

Mahkamah turut memerintahkan pihak penghutang selaku defendan membayar RM3,000 bagi kos prosiding.

Hakim tolak alasan beban ekonomi

Ustaz

Memetik laporan Buletin TV3, keputusan dibuat selepas pendakwah ini mengingkari perintah mahkamah sebanyak dua kali.

IKLAN

Hakim Syarie Mohd Faizal Habib juga menolak alasan ‘beban ekonomi kronik’ yang diberikan Faridul, dan menyatakan beliau masih mempunyai pendapatan melalui syarikat miliknya dan ceramah awam yang dijalankan meskipun tauliah mengajar telah ditarik balik.

Alasan tak kukuh kerana pendapatan masih ada

Hisap Dadah

Menurut hakim, alasan defendan tidak disokong dengan bukti kukuh. Malah penyata kewangan syarikat miliknya menunjukkan dia masih mempunyai keupayaan untuk membayar hutang tersebut.

Mahkamah turut mempertikai alasan perbelanjaan persekolahan 10 anaknya memandangkan mereka menjalani pembelajaran di rumah (home schooling) yang diajar sendiri oleh isteri-isterinya.

Mahkamah sebelum ini telah memberi peluang kepada Faridul untuk membayar hutang tersebut secara ansuran iaitu RM40,000 sebulan selama tiga bulan, bermula Oktober hingga Disember 2023. Namun, beliau tetap gagal mematuhi perintah tersebut.

Walaupun dipenjara, Faridul tetap diwajibkan membayar hutang tersebut selepas tamat hukuman.

Pssttt! Dah diberi peluang bayar secara ansuran, tapi tetap ingkar. Bila dah melibatkan nafkah dan tanggungjawab, jangan pandai beralasan je. Harap ini jadi pengajaran agar setiap hutang terutamanya kepada bekas isteri, jangan dipandang ringan.

Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas