Trending
Kes Lelaki Bermadu Di Kedah: ‘Suami’ Kedua Dakwa Isteri Dan Suami Pertama Ada Rekod Jenayah ‘Scam’
‘Suami’ kedua langsung tidak takut kerana yakin berani kerana benar.
Kecoh di media sosial seorang lelaki mendakwa telah ditipu hidup-hidup oleh seorang wanita yang sudah bersuami.
Muhamad Basyir mendakwa wanita dikenali sebagai Hamidatul Husna (Una) berjaya memperdaya dirinya sehingga mereka berkahwin di Thailand walaupun wanita itu masih mempunyai suami sah.
BACA: Lelaki Dakwa Ditipu Hidup-Hidup! Rupa-Rupanya Isteri Yang Dinikahi Dah Pun Bersuami!
Terbaru, Muhamad Basyir menjelaskan dia terpaksa memadam hantaran demi keselamatan ibunya dan bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan lancar.
Tak akan tarik report, ada bukti kukuh
Tambahnya, tindakan itu dibuat selepas dinasihati pihak polis di mana hantaran asal telah mendapat perhatian ramai di media sosial.

Menurut Muhamad Basyir, dia sama sekali tidak takut dan tidak akan menarik semula laporan yang telah dibuat.
Dia juga yakin mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa ‘isteri’ dan ‘suami pertama’ yang dikatakan mempunyai rekod jenayah ”scam’.
Dia tidak mahu orang lain menjadi mangsa dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dapat diselesaikan dengan adil.
Pssttt! Nampaknya isu ini makin panas dengan pelbagai pendedahan baharu. Jika benar ada bukti kukuh seperti didakwa, semoga pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes ini dengan seadil-adilnya supaya tiada lagi pihak yang teraniaya.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM