Branded
Lebih Mesra Pengguna, Emirates Lancar Pelbagai Perkhidmatan & Penambahbaikan Baru Untuk Penumpang
Siapa kata travel dengan kapal terbang ni penuh cabaran dan peraturan ketat? Haa, Emirates buktikan sebaliknya!
Syarikat penerbangan terkemuka ini betul-betul menunjukkan komitmen untuk menjadikan pengalaman melancong jadi lebih menyeronokkan untuk semua orang, terutamanya bagi mereka yang ada keperluan kebolehcapaian khas.
Baru-baru ini, Emirates melancarkan perkhidmatan dan produk baru yang mengutamakan keselesaan buat penumpang, terutama golongan kurang upaya (OKU), semasa Expo AccessAbilities edisi ke-7 di Pusat Dagangan Dunia Dubai.
Kalau nak tahu lebih lanjut apakah antara perkhidmatan dan produk yang diperkenalkan, jom kami kongsikan!
Lebih Inklusif & Mudah Diakses Buat Penumpang
Menerusi Accessible & Inclusive Travel Hub terbaru di laman web emirates.com, ia direka khas untuk mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan oleh penumpang yang memerlukan kebolehcapaian khas (OKU), agar lebih mudah untuk merancang perjalanan.
Kalau korang nak tahu, Emirates mengambil masa setahun untuk membangunkan hab ini, bagi membantu mengurangkan kebimbangan penumpang sebelum perjalanan. Antara ciri yang ada :
– navigasi mesra pengguna: reka bentuk visual yang lancar dan mudah dinavigasi
– warna kontras tinggi: palet warna diuji secara ketat untuk memastikan ianya jelas dan mudah untuk dibaca
– sokongan teknologi bantuan: diuji dengan teknologi seperti pembaca skrin, kawalan suara, dan navigasi papan kekunci, menjamin pengalaman inklusif yang konsisten.
Selain itu, untuk memudahkan lagi penumpang, Emirates menyediakan tiga kaedah untuk mencari bantuan dan maklumat, seperti:
Mengikut keperluan khas (Disability)
– Bantuan Mobiliti, Gangguan Penglihatan, Gangguan Pendengaran, dan Keperluan Khas Terselindung (Hidden Disabilities)
Mengikut peringkat perjalanan
– sebelum penerbangan, berlepas dari Dubai, dalam penerbangan, sambungan di Dubai, dan tiba di Dubai
Mengikut bantuan spesifik
– tempahan Bantuan Khas (Special Assistance)
– panduan mesra autisme untuk persediaan perjalanan
– peta lapangan terbang Dubai (DXB) dan panduan sensori
– permohonan kad pelancong Sanad (untuk akses perkhidmatan bantuan di Dubai)
– aplikasi Be My Eyes untuk sokongan pandangan bagi individu cacat pengelihatan.
Wah, banyakkan ciri dan kemudahan yang Emirates perkenalkan? Macam ni barulah betul, mudah untuk diakses dan inklusif untuk semua orang!
Bukan itu saja, Emirates juga menyediakan bahagian khas untuk Perjalanan dengan Kerusi Roda dan Alat Bantuan Mobiliti buat mereka yang memerlukan tau.
Paling penting, kalau korang memerlukan rawatan atau perubatan, maklumat terperinci mengenai Perjalanan Perubatan, termasuk cara memohon Kad Perubatan Pengembara Kerap (FREMEC) juga disediakan.
Psst, maklumat untuk perjalanan berkaitan keluarga pun ada tau, seperti Perjalanan bersama Kanak-kanak, Perjalanan Semasa Hamil, dan Kanak-kanak Bawah Umur Tanpa Iringan.
Emirates Lebih Mementingkan Keselesaan Penumpang
Selain mudah diakses dan inklusif, Emirates juga menitikberatkan keselesaan penumpang mereka tau!
Jadi, bermula 1 November 2025 ini, Emirates akan menawarkan pelbagai produk sensori dan fidget toys di semua kelas kabin, direka untuk membantu penumpang neurodivers, serta sesiapa saja yang berasa tertekan atau gementar sepanjang penerbangan.
Kalau korang nak tahu, item-item termasuk stress reliever berbentuk pesawat, stress cube, dan popper getah direka khas bertujuan untuk menyediakan rangsangan terkawal bagi membantu penumpang untuk menenangkan diri dan menstabilkan emosi di dalam pesawat.
Paling best, khas untuk penumpang Business Class, Emirates memperkenalkan mattress hood atau lebih dikenali sebagai sarung tilam yang mudah dipasang pada kerusi, berfungsi seperti cadar bergetah.
Sarung tilam ini diperkenalkan khas untuk korang yang ada masalah mobiliti yang teruk tau, dan ia tak perlu dialihkan oleh kru sebelum mendarat. Jadi, korang boleh lah berehat dan tidur di tempat duduk sepanjang penerbangan.
Peningkatan Sistem ice & Pengenalan Prototaip Van Chauffeur Drive Mesra Kerusi Roda
Emirates sangat menghargai setiap penumpang yang menaiki pesawat mereka dengan memberikan pengalaman yang lebih inklusif tau!
Kalau korang nak tahu, Emirates telah mengemas kini sistem hiburan dalam pesawat ice di mana, lebih 600 filem mempunyai sarikata tertutup dan 200 filem mempunyai penerangan audio bagi penumpang yang kurang upaya penglihatan. Bagusnya!
Bukan itu saja, di dalam pesawat baru Airbus A350, antara muka pengguna ice telah direka semula dengan navigasi isyarat audio, maklum balas suara dan gerak isyarat sentuh bagi memastikan pengalaman lebih lancar buat penumpang yang buta atau berpandangan rendah.
Selain itu, mereka memperkenalkan Van Mercedes V250 yang dinaik taraf, dilengkapi dengan lif dan tanjakan elektrik lancar, sebagai prototaip untuk armada baru yang dirancang sebanyak 10 kenderaan Chauffeur Drive yang boleh diakses kerusi roda menjelang awal 2026.
Perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan di Dubai, menggunakan pemandu profesional yang dilatih untuk memberi bantuan mobiliti penuh, memastikan penumpang dengan ketidakupayaan pergerakan yang teruk dapat dipindahkan ke dalam kenderaan yang selamat dan lancar menggunakan sistem pengikat keselamatan tambahan.
Tempah Tiket Bersama Emirates Sekarang & Rasai Sendiri Pengalaman Perkhidmatan Yang Terbaik

Fuhh, sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri dan perkhidmatan baru yang Emirates perkenalkan, dan paling penting, membuatkan setiap penumpang merasa inklusif.
Jadi, jom rasai pengalaman penerbangan paling inklusif dan mula rancang perjalanan korang yang seterusnya dengan Emirates sekarang!
Layari Accessible & Inclusive Travel Hub Emirates sekarang untuk maklumat lebih lanjut.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM