Trending
Penampilan Diana Danielle Ketika Buat Persembahan Undang Kecaman Netizen
Penampilan Diana Danielle di satu acara nyanyian jadi bahan kritikan netizen.
Pelakon dan penyanyi terkenal, Diana Danielle sekali lagi menjadi perhatian selepas satu video memperlihatkan beliau menyanyi secara langsung di acara Malaysia Bridal Fashion Week baru-baru ini tular di media sosial.
Menerusi Instagram, Diana dilihat sedang mempersembahkan lagu Saving All My Love For You nyanyian asalWhitney Houston dengan penuh yakin dan bersahaja, sambil mengenakan dress cerah tanpa lengan.
Penampilan Diana Danielle jadi bahan kritikan
Walaupun ramai memuji vokal dan keanggunan Diana, ada juga segelintir netizen yang tidak senang dengan penampilan fizikalnya, terutama apabila pakaian yang dikenakan dianggap tidak sesuai dengan bentuk tubuh badannya.
Ada yang menyuarakan rasa tidak selesa dan menjadikan bentuk tubuh Diana sebagai bahan perbandingan di ruangan komen.
Lagu dapat sambutan peminat

Untuk info, Diana Danielle sebelum ini juga menjadi tumpuan ramai apabila aktif menyanyi di TikTok dengan pelbagai sesi ‘cover’ lagu, malah pernah memperkenalkan lagu-lagu baharu yang mendapat sambutan daripada peminat setianya.
Pssttt! Setiap orang berhak berkarya dan mengekspresikan diri mereka dengan cara tersendiri. Kita sebagai penonton, tak salah beri pendapat, tapi biarlah berpada dan penuh hormat.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.