Connect with us

Oh! Media

Pakcik Petai Rupanya Sedang Kumpul Duit Untuk Pembedahan Isteri

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Tidak

Pakcik Petai Rupanya Sedang Kumpul Duit Untuk Pembedahan Isteri

Bukan sekadar viral kerana ‘drama’ di tepi jalan. Di sebalik aksi seorang warga emas mencampakkan jualan petainya ke atas jalan gara-gara tidak dibenarkan berniaga, rupanya tersembunyi satu kisah yang cukup menyentuh hati.

Pak cik tersebut, Mohd. Noor Saad, 67, atau lebih dikenali sebagai ‘pak cik petai’, sebenarnya sedang bergelut mencari rezeki demi membiayai kos pembedahan isterinya yang menghidap masalah selaput mata. Difahamkan, kos pembedahan itu dianggarkan sekitar RM1,500.

Saya sekarang dalam usaha kumpul duit untuk pembedahan membuang selaput mata kiri isteri di hospital kerajaan. Anggaran kos dahulu sekitar RM1,500. Itu yang saya meniaga juga kecil-kecilan.- Katanya.

Belum cukup duit, tapi tetap mahu cari rezeki halal…

Img 3543

Walaupun menerima bantuan bulanan warga emas sebanyak RM500, jumlah itu masih tidak mencukupi. Disebabkan itu, beliau berharap dapat terus berniaga demi mencari rezeki yang halal buat keluarga tercinta.

IKLAN

Saya ada diberi borang bagi permohonan berniaga sementara dan akan melengkapkannya tidak lama lagi. Saya harap dapat terus berniaga selepas ini.

Selepas kisahnya tular, Mohd. Noor telah menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaran yang mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Turut hadir dalam lawatan ke rumahnya ialah Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Hasnor Abdul Hamid serta beberapa wakil majlis termasuk Unit Penguat Kuasa dan Perlesenan.

Semoga bantuan yang diterima bukan sahaja meringankan beban, malah membuka jalan untuk pak cik petai ini kembali berniaga dengan lebih tenang dan sah di sisi undang-undang.

BACA: Isu Selesai, Pakcik ‘Petai’ Dapat Lesen Berniaga Sementara Dan Ganti Rugi

#ApaKataOhmedia

Kadang-kadang, kita mudah salah faham bila tak tahu cerita sebenar di sebalik sesuatu tindakan. Kisah pak cik petai ni ajar kita satu perkara penting, jangan cepat menghukum.

Hormatilah usaha orang yang jujur cari rezeki walau sekecil mana sekalipun, kerana mungkin itu satu-satunya harapan mereka untuk terus hidup.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas