Trending
Isu Selesai, Pakcik ‘Petai’ Dapat Lesen Berniaga Sementara Dan Ganti Rugi
Lepas tular video seorang pakcik penjual petai dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa, ramai netizen meluahkan rasa simpati dan berharap ada penyelesaian yang adil.
BACA: Hanya Berniaga Guna Motor, Netizen Sedih Tengok Pak Cik Campak Petai Depan Penguatkuasa
Terbaru, isu ini akhirnya berjaya diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak. Perkembangan isu ini dimaklumkan ADUN Sri Tanjung, YB Dr Rajasekaran Gunasekaran menerusi satu hantaran di Facebook.
Selesai cara baik, ganti rugi petai dibayar
Beliau bersama YDP MPPD Tuan Hasnor, SU MPPD Tuan Mohd Azizul Hakim, serta ahli Majlis Perbandaran dan Unit Penguatkuasa telah turun padang ke rumah Pak Cik Mohd Noor Bin Saad bagi membincangkan jalan penyelesaian terbaik.
Selain itu, YB Dr Rajasekaran turut menyampaikan sumbangan daripada YB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun, Ahli Parlimen Port Dickson, bagi menggantikan hasil jualan petai yang terjejas akibat insiden tersebut.
MPPD beri lesen sementara, Pak Cik Noor kini boleh berniaga

Hasil rundingan bersama, pihak MPPD bersetuju untuk mengeluarkan lesen sementara kepada Pak Cik Noor agar beliau boleh berniaga secara sah tanpa gangguan lagi.
Malah, sebagai tanda penyelesaian, Pegawai Penguatkuasa MPPD, En. Kamarul, turut hadir ke rumah Pak Cik Noor untuk bersalaman dan berdamai.
Beliau berharap kejadian ini dapat dijadikan pengajaran dan panduan untuk menangani isu-isu komuniti dengan lebih baik pada masa akan datang.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Facebook Dr Rajasekaran
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM