Oh! Artis
“Fatima Tak Pernah Merasa Duit Raya Dari Fattah” – Fazura
Pasangan sensasi, Nur Fazura dan Fattah Amin hari ini sah bercerai talak satu di di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari.
Fazura dalam kenyataan kepada media memaklumkan beberapa faktor yang membawa kepada penceraian iaitu Fattah mengabaikan nafkah, curang dan tidak sefahaman sejak sekian lama.

Saya sediakan rumah, makan minum dan belikan hadiah kereta Range Rover untuk Fattah.
Pelakon ini juga menafikan dakwaan bercerai dengan Fattah kerana tidak sekufu. Menurut Fazura, sejak dari awal bercinta, dia menerima Fattah serta keluarga seadanya sehingga ke hari ini.
Fazura dengan linangan air mata mendakwa sepanjang 4 tahun usia Nur Fatima Aisya, anaknya itu tidak pernah merasa duit raya daripada Fattah walaupun pelakon terbabit mempunyai pendapatan lumayan.
Saya pun sedih, Fatima sepanjang 4 tahun tak pernah merasa duit raya ayah dia. Saya sendiri kahwin dengan Fattah, tak pernah pun sekali merasa duit raya yang diberikan oleh Fattah.
Jelas Fazura, dia sebolehnya tidak mahu memisahkan Fatima dengan bapanya tetapi dia enggan Fatimah menyaksikan perkahwinan yang tidak bahagia.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Malaysia Gazette | TikTok UtusanTV
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM