Trending
Tak Mampu Lagi Tutup Aib, Influencer Dedah Rakaman Dipukul Suami
Personaliti media sosial dari Indonesia, Cut Intan Nabila baru-baru ini telah mendedahkan sisi gelap suaminya, Armor Toreador di satu hantaran di Instagram miliknya @cut.intannabila.
Intan telah berkongsi satu video rakaman cctv menunjukkan dia telah dipukul oleh suaminya.
Difahamkan Armor bukan sahaja telah melakukan keganasan rumah tangga, malah dia telah beberapa kali curang sepanjang lima tahun perkahwinan mereka.
Selama ini saya bertahan kerana anak, ini bukan kali pertama saya berdepan keganasan rumah tangga. Ada puluhan video lain yang saya simpan sebagai bukti.
Lima tahun berkahwin banyak nama wanita mewarnai rumah tangga saya bahkan beberapa rakan saya.
Saya sudah berkali-kali memaafkan tapi tak pernah terbuka hatinya, ternyata benar kecurangan dan kekerasan rumah tangga tidak akan pernah berubah.
Apa yang lebih mengejutkan, dalam video yang dikongsi oleh Intan pada hari Selasa lalu, menunjukkan suaminya turut menendang anak ketiga mereka yang masih bayi.
Saya seorang yang tidak pernah membuka aib rumah tangga saya. Saya menjaga martabatnya tapi hari ini saya sudah tidak boleh menahan semua sendiri
Intan berkata dia sudah tidak mampu bertahan dan menggunakan platform media sosial untuk membela diri.

Cut Intan Nabila bersama suaminya, Armor Toreador telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2020 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram @cut.intannabila
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM