Connect with us

Oh! Tidak

“Mereka Pukul Saya Dengan Kayu Api” – Kanak-Kanak Dipukul Rakan Dan Guru Kerana Mencuri Sebatang Pen

Disebabkan mencuri sebatang pen, seorang pelajar kelas 3 di India telah dipukul dengan kayu api dan dikurung di sebuah bilik asrama selama tiga hari.

Menurut laporan India Today, badan mangsa, Tarun Kumar lebam akibat dipukul dan diseksa oleh penjaga asrama dan pembantunya.

IKLAN

Dua budak lelaki dan seorang guru memukul saya. Mereka pukul saya dengan kayu api, dan apabila ia pecah, mereka menggunakan alat lain.

Mereka juga menyebabkan luka pada badan saya.

Lebih mengejutkan, mangsa juga berkata dia telah dipaksa meminta sedekah di sebuah stesen kereta api disebabkan perbuatannya itu.

Ibu bapa nafi anak mencuri

Selepas kejadian mengerikan itu, ibu bapa Tarun menjelaskan Tarun hanya meminjam pen tersebut dan bukannya mencuri.

Dia hanya mengambil sebatang pen yang jatuh dan meletakkannya di tempat lain.

Seorang rakannya memberikan sebatang pen guru kepada anak saya pada Sabtu kerana dia tidak mempunyai pen.

Ketika mencari pen pada Ahad, guru menemuinya bersama anak saya, dan kejadian ini berlaku.

Susulan itu, kanak-kanak yang cedera kini sedang mendapatkan rawatan di hospital setelah diselamatkan daripada asramanya.

Allahu.. Kalau betul dia mencuri, itu bukanlah tiket untuk memukul dan menyeksa. Sepatutnya serahkan je kepada pihak berkuasa.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: India Today


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas