Connect with us

Oh! Media

Hanya Tinggal Rangka, Cucu Rahsiakan Kematian Datuk Sejak 30 Tahun Lalu Demi Wang Pencen

Ohmedia cucu Rahsiakan Kematian Datuk

Oh! Tidak

Hanya Tinggal Rangka, Cucu Rahsiakan Kematian Datuk Sejak 30 Tahun Lalu Demi Wang Pencen

Ramai kata duit boleh menjamin kebahagiaan tapi disebabkan itu juga, manusia tergamak bertindak di luar batasan kewarasan.

Menerusi laporan BBC News, rakyat Jepun dikejutkan dengan berita kematian lelaki tua, Sogen Kato yang telah dirahsiakan selama 30 tahun oleh cucunya.

Keluarga Mr Kato mesti sudah tahu bahawa Mr Kato sudah bertahun-tahun ‘tiada’. Tapi mereka buat seperti tiada apa-apa berlaku. Ia sungguh menakutkan.

Ohmedia datuk meninggal

Difahamkan perkara ini berjaya dibongkar setelah pihak autoriti curiga telah dihalau apabila datang untuk meraikan hari jadi Kato yang ke 111 tahun sekaligus menjadi individu tertua di kota Tokyo.

IKLAN

Lebih membuatkan mereka curiga, pihak dari pusat kebajikan juga mendedahkan mereka dihalau beberapa kali ketika mahu berjumpa dengan Kato.

Pihak pengurusan pencen lelaki ini turut menyatakan mereka sudah lama tidak dapat menghubungi Kato.

Tinggal rangka, macam mumia

Akhirnya siasatan telah dijalankan oleh pihak polis termasuklah menggeledah rumah terbabit.

Alangkah terkejutnya mereka apabila menemukan Kato yang hanya tinggal rangka seperti mumia dan masih berbaju tidur dan diselimutkan dalam posisi baring.

Lebih menyedihkan apabila lelaki tua tersebut disahkan telah meninggal sejak 30 tahun lalu.

Setelah disoal siasat, pihak keluarga mendakwa mendiang telah berkurung di bilik tidur dan menjadi living Budhha.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki tua itu menerima wang pencen 9.5 juta yen di dalam akaun sejak isterinya meninggal. Katanya sebahagian duit itu pun sudah dikeluarkan.

Sementara itu, lelaki tersebut telah dianggarkan menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 80-an.

Ohmedia cucu Rahsiakan Kematian Datuk

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas