Connect with us

Oh! Media

“Satu Dunia Tahu Saya Sakit” – Ustaz Kazim ‘Malu’ Adibah Noor Rahsiakan Sakit Hingga Akhir Hayat

ustaz kazim malu

Oh! Artis

“Satu Dunia Tahu Saya Sakit” – Ustaz Kazim ‘Malu’ Adibah Noor Rahsiakan Sakit Hingga Akhir Hayat

Berita pemergian Adibah Noor telah membuatkan Ustaz Kazim rasa ‘malu’ kerana arwah telah merahsiakan penyakit kanser ovari yang dialaminya itu sehingga ke akhir hayatnya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dia Lambat Tahu Tentang Penyakitnya” -Adibah Noor Sempat 7 Kali Kemoterapi

Pemergian arwah Adibah beberapa hari lepas sememangnya telah memberi kejutan buat semua rakyat Malaysia.

Satu dunia tahu saya sakit

kazim malu

Ustaz Kazim yang terkejut dengan pemergian arwah menyatakan bahawa dia berasa kagum dengan Adibah Noor kerana memiliki kesabaran yang luar biasa.

Kita kenal Adibah Noor seorang yang sihat selama ini apabila melihat di kaca televisyen. Tiba-tiba sahaja dia menjadi kurus sebelum meninggal dunia.

Rasa satu tamparan buat saya, Saya malu dengan Allah dan dengan arwah sebab dia sakit tidak ada seorang pun yang tahu. Jika ada pun, arwah minta supaya tidak ceritakan kepada orang lain.

Berbeza dengan saya..satu dunia tahu saya sakit. Saya belum jatuh tahap orang yang sabar seperti Adibah. Dia senyap dan tutup mulut. Dia merahsiakan tahap kesihatannya selama ini.

Ustaz kazim juga kata ini merupakan satu pengajaran buat dirinya supaya menjadi seorang yang sabar. Katanya, sakit itu kita simpan sebagai rahsia, jika arwah boleh buat, kenapa kita tidak?

Ustaz Kazim juga mengatakan sakit yang dialaminya buat masa ini adalah sebahagian daripada ujian buat dirinya.

Saya tak mahu cerita sakit saya menjadi viral, tetapi apa boleh buat. Tidak salah untuk memberitahu tentang sakit yang dialami kepada teman rapat dan orang yang boleh membantu.

Semoga Ustaz Kazim diberikan kesembuhan yang sepenuhnya, In sha Allah. Tak apa, bukannya salah kalau beritahu orang sekeliling mengenai penyakit kita.

Bila orang tahu kita sakit, mereka boleh mendoakan agar kita diberikan kesembuhan, kan bagus?

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas