Oh! Inspirasi
Pelajar Usung TV, Hadiahkan Kepada Cikgu Selepas Raih A Dalam SPM
Pengorbanan cikgu dalam mendidik anak murid tanpa jemu tidak akan pernah terbalas. Apa yang diharapkan mereka adalah anak murid menjadi insan yang berjaya.
Dapat hadiahkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan pun dah cukup menggembirakan cikgu kan?
BACA: Pekerja Setia Selama 12 Tahun Terima Hadiah Rumah, Kereta Dan Bonus Raya Dari Majikan Cina
Di TikTok, viral video menunjukkan dua orang pelajar mengusung sebuah televisyen untuk dihadiahkan kepada cikgu mereka.
Difahamkan, hadiah televisyen itu sebagai tanda terima kasih selepas berjaya mendapat A untuk subjek Landskap dan Nurseri dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Guru yang merakam aksi pelajarnya itu meluahkan rasa terkejut kerana sememangnya televisyen lama yang ada di rumah menghadapi masalah LED. Boleh dengar suara je!
Kejutan! Tudia depa tau TV rumah sir nyawa-nyawa ikan! Sekali nah bawak mai sungguh! Tahniah untuk A landskap dan nurseri!! Tq for TV.
Katanya, televisyen lama itu sudah berusia lebih 10 tahun sejak dia mengajar di Sarawak lagi. Dia sendiri tidak menyangka pelajar menghargai jasanya sebegitu rupa.
Wah, terbaiklah! Mesti cikgu subjek ini sangat sporting dan baik hati kan? Di ruangan komen, netizen memuji pelajar yang begitu menghargai jasa guru mereka. Semoga terus berjaya!
Kredit: TikTok @izzhuznie
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media