Connect with us

Oh! Media

Muka Tunang Sufian Suhaimi Macam Intan Najuwa, Cantik Orangnya

Sufian suhaimi tunang ohmedia

Oh! Artis

Muka Tunang Sufian Suhaimi Macam Intan Najuwa, Cantik Orangnya

Alhamdulillah, suka tengok Sufian Suhaimi dah jadi tunangan orang. Melihat satu hantaran dekat TikTok, Sufian dilihat menghantar rombongan merisik ke rumah teman wanitanya yang dikenali sebagai ‘Sayang’, bukan nama sebenar.

Majlis itu berlangsung semalam, Sabtu dan ibu Sufian dilihat menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan.

Di akhir video, kelihatan Sufian yang mengambil gambar berdua bersama ‘Sayang’ setelah selesai upacara merisik.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menzahrkan perasaan gembira dan pakat mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu.

Macam Intan Najuwa lah, comel jer…

Ramai juga yang memuji kekasih Sufian yang kelihatan anggun dalam persalinan berona lembut. Malah, ada juga yang mengatakan raut wajah wanita itu seiras dengan pelakon Intan Najuwa.

Sebelum ini, Sufian sudahpun memaklumkan hatinya dimiliki oleh seorang wanita sejak tahun lalu namun enggan mendedahkan siapa sebenarnya identiti kekasihnya.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas