Connect with us

Oh! Media

Siap Tulis Pasal Akhirat, Abang Arwah Siti Sarah Selar Netizen Makin Lama Makin Merapu

Abang Siti Sarah

Trending

Siap Tulis Pasal Akhirat, Abang Arwah Siti Sarah Selar Netizen Makin Lama Makin Merapu

Abang kepada Allahyarhamah Siti Sarah, Ahmad Firdous Raissuddin menyelar komen netizen mengenai perkahwinan adik iparnya Shuib dan isteri, Watie.

BACA: Shuib Belanja Gambar Main Golf, Tapi Lain Pula Netizen Komen Sampai Ibu Datang ‘Back Up’

Menerusi satu hantaran di TikTok, Firdous berkata kritikan netizen semakin lama dirasakan semakin mengarut.

IKLAN

Mana tidaknya, ada seorang netizen merasakan arwah seolah-olah diduakan apabila Shuib berkahwin baru.

Sarah

Seorang lagi netizen berkata, di akhirat kelak Siti Sarah tidak akan menjadi bidadari syurga kepada Shuib kerana berkahwin dengan wanita lain. Betul ke?

@ahamdfirdousraissuddin Makin lama makin merapu kome ni!! Lain kali kita refer dulu baru tulis soal agama. #CapCut #shuibwatie #raissuddinfamily ♬ original sound – ahmadfirdousraissuddin

Menjawab kepada komen itu, Firdous menyertakan rakaman video penjelasan daripada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Kalau isteri mati, beres dah.. Isteri mati dulu memang jadi bini kita. Kita kahwin ramai mana pun, katakan kita kahwin 4 di dunia.. jadi 4 isteri.

Dulu kahwin 3, mati dah. Lepastu kahwin 4 sekaligus, jadi berapa isteri? Tujuh tujuh ni kalau mereka tak kahwin (ada suami lain), maka jadi isteri kita 7 orang di dalam syurga.

Firdaus menasihati netizen supaya merujuk kepada pakar sebelum meninggalkan komen mengenai agama.

Kredit: TikTok Ahamd Firdous Raissuddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas