Connect with us

Oh! Media

“Kalau Dah Janji Tunaikanlah” – Aishah Bengang Masih Belum Terima Hadiah Tanah Lot Banglo

Aishah

Oh! Artis

“Kalau Dah Janji Tunaikanlah” – Aishah Bengang Masih Belum Terima Hadiah Tanah Lot Banglo

Penyanyi hebat, Datuk Aisyah meluahkan rasa terkilannya kerana masih lagi tidak menerima hadiah tanah lot banglo yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi program realiti, Gegar Vaganza (GV) pada tahun 2017 yang lalu.

BACA: Isu Berlian Palsu, Aishah Dan Vida Akan Mengadakan Sidang Media

Menerusi hantaran dimuat naiknya di Instagram, dia memaklumkan bahawa akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk melakukan tindakan selanjutnya terhadap seorang penaja yang berjanji untuk memberikan hadiah berkenaan.

IKLAN

Hari ini dan beberapa hari akan datang sepatutnya saya boleh berehat seketika tetapi malangnya bermula pagi esok saya terpaksa ke mahkamah untuk kes tuntutan hadiah tanah GV4.

Aisyah turut menyatakan bahawa dia terpaksa membawa perkara ini ke muka pengadilan kerana sudah bertahun-tahun menanti jawapan daripada penaja tersebut.

Berapa tahun dah menunggu, tetapi hingga sampai naik ke mahkamah juga. Doakan yg terbaik. Saya hanya menuntut hak saya yang telah dijanjikan. Jangan buat begini kepada anak seni.

Dalam pada itu, penyanyi bagi lagu Janji Manismu itu juga berharap agar pihak yang berkenaan untuk menunaikan janji yang telah dibuat supaya tidak menyusahkan ramai pihak.

Kenapalah menyusahkan orang, masa dan kos. Kalau dah berjanji utk beri hadiah tunaikanlah saja, kalau tak, elok jangan mimpi nak jadi penaja.

Penat lelah anak seni siapa yang tahu kan? Diharapkan agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan segera.

Kredit: Instagram aishahjmmm

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas