Connect with us

Trending

“Cukuplah Orang Dah Hentam Aku” – Syedot Mohon Maaf, Pilih Untuk Berdiam Diri

Baru-baru ini tular video penjelasan dari seorang pempengaruh Liana Beep Beep, selepas namanya dipetik oleh seorang Youtuber Mukbang di sebuah podcast.

Liana yang tidak menerima namanya telah diburukkan oleh Youtuber tersebut mengambil tindakan untuk membuat video penjelasan bagi membersihkan namanya.

IKLAN

Terbaru, melalui perkongsian @brocollicumil_ di video live TikTok, Syedot menegaskan bahawa dia tidak mahu memanjangkan isu ini.

Katanya, dia tidak kisah jika Liana memuat naik video penjelasan itu selepas apa yang telah diperkatakan olehnya dalam podcast tersebut.

Aku request video podcast tu tutup lepas 24 jam, jadi aku bagi Liana untuk publish video untuk dia bersihkan nama dia. Aku WhatsApp yang aku berdiam diri dan tak akan melawan kerana tak nak keruhkan lagi keadaan.

Syedot turut mengakui kesalahannya kerana telah menjaja cerita tentang hal peribadinya, dan dia juga tahu di mana podcast itu akan ditonton oleh orang awam.

Walau bagaimanapun, Syedot berkata dia tidak menyentuh hal berkaitan mesej-mesej peribadi di antara mereka berdua dalam podcast tersebut, namun Liana sendiri yang telah menyebarkan mesej itu di dalam video penjelasannya.

Tapi tak apalah, aku tak kisah. Sebab memang salah aku, Cumanya aku cakap lepas dah bersihkan nama, orang dah puji dia jadikan video tu private.

Difahamkan, lelaki itu juga meminta video penjelasan tersebut di private kan selepas 24 Jam.

Namun, Syedot berkata permintaannya telah disalah erti oleh Liana kerana dia menganggap bahawa Syedot telah mengugutnya.

Dalam pada masa yang sama, Youtuber itu menegaskan dia sama sekali tidak berniat untuk mengugut Liana dan dia hanya mahu menyelesaikan isu ini dengan baik.

Jap!


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas