Connect with us

Oh! Media

Zynakal Rupanya Penyanyi dan Komposer Baru Nak Up tu

Umum

Zynakal Rupanya Penyanyi dan Komposer Baru Nak Up tu

Fuhh, akhirnya terjawab jugak. Tak pasal-pasal penyanyi Haqiem Rusli kena tuduh cekik pekerja stesen minyak hari tu. Kalau korang nak tahu, penyanyi dan komposer baru nak up itu adalah Muhammad Raziq Rosli atau lebih dikenali dengan nama Zynakal dan pigak Mahkamah Majistret telah menjatuhkan denda sebanyak RM2,800.

ADVERTISEMENT

Denda itu dikenakan ke atasnya akibat kesalah mencederakan seorang pekerja stesen minyak dan telah menghalang polis daripada menjalankan tugas pada hari Rabu lalu. Zynakal bagaimanapun mengaku bersalah melakukan kedudua-dua kesalaha tersebut.

Pada hari kejadian, penyanyi yang mula naik dengan lagu ‘Terbang’ itu telah mendatangkan kecederaan ke atas warga Bangladesh, Ahmad Mostak di Stesen Petronas Pandan Prima, Ampang dan Raziq turut didakwa dengan sengaja menghalang anggota polis dengan tidak menunjukkan kad pengenalannya bagi tujuan pemeriksaan, di tempat sama.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman denda yang rendah, dengan alasan tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai penulis lirik dan komposer.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa, membantah rayuan itu dan memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas