Connect with us

Oh! Media

Zizi Dimarah Netizen Kerana Tidak Bertudung

Umum

Zizi Dimarah Netizen Kerana Tidak Bertudung

Walaupun Zizi Kirana belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya, dia sentiasa membentukkan diri untuk menjadi insan yang lebih baik tau dan dia akan terus memperjuangkan kerjayanya dalam bidang nyanyian yang bergenre hip hop yang dah sebati dalam dirinya sejak dia join group The Fabulous Cats dulu.

ADVERTISEMENT

Saya tahu ramai yang marah dan bertanya kenapa tidak terus bertudung selepas Syawal, tetapi saya tidak mahu hidup berpura-pura. Apa yang dilihat di luar dan di media sosial, itu diri saya yang sebenar. Saya tidak perlu hidup dalam kepalsuan hanya kerana mahu meraih perhatian dan pujian. Sebelum ini, saya bertudung kerana menghormati bulan Ramadan, selain menyahut cabaran berhijab seperti yang dicetuskan Mizz Nina. Tiada siapa yang memaksa saya melakukannya, sebaliknya saya buat atas kerelaan sendiri. Sama seperti orang lain, saya juga mahu berubah ke arah yang lebih baik dan berharap usaha itu dipermudahkan. Selepas bergerak solo pada 2015, saya lihat jenama Zizi Kirana semakin kukuh, malah saya sudah boleh berdiri sendiri tanpa dikaitkan dengan kumpulan lama. Selagi diterima, saya akan setia membawakan lagu hip hop dan rap. Insya-Allah, awal bulan depan, saya akan tampil dengan sebuah lagi lagu baharu.

Korang dah dengar ke lagu tema festival Star Vendors, Starlela yang diciptakan oleh Hafiz Hamidun tu? Lagu tu Zizi berganding dengan Bella Astillah dan Ifa Raziah tau.

Saya dan Ifa sudah lama mengenali antara satu sama lain, malah pernah membentuk vokalnya ketika sesi rakaman. Kebetulan kami sama-sama berniaga di festival itu, jadi dia terdetik untuk mengajak saya menyanyi bersama-sama.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas