Connect with us

Oh! Media

Zizan Di Gam Astro Kerana Terlalu Banyak Kontroversi?

Umum

Zizan Di Gam Astro Kerana Terlalu Banyak Kontroversi?

Siapa tak kenal dengan Zizan ni ye tak? Antara pelawan yang sangat versetail lagi serba boleh. Nampaknya nama Zizan Razak semakin panas sejak dua-menjak ini kerana dilanda pelbagai isu dan kontroversi yang sering sahaja diperkatakan pengikut industri hiburan negara ini. Zizan yang dikatakan baru putus cinta dengan aktress jelita, Emma Maembong telah dituduh sebagai lelaki kasanova yang menghantar mesej ‘nakal’ kepada beberapa wanita. Hurm, biar betul?!

ADVERTISEMENT

Beliau juga sebelum ini dituduh dalam kotroversi melanggan pelacur di negara seberang yang mencetuskan pelbagai pelbagai perspektif buruk di kalangan peminat. Mungkin kerana terlalu banyak kontroversi liar dan buruk melandanya dirinya, ada pihak mengatakan Zizan kini telah digam sementara oleh pihak Astro untuk muncul dalam sebarang program yang diterbitkan oleh syarikat berkenaan.

Ura-ura ini muncul selepas Zizan amat jarang muncul dalam sebarang rancangan yang disiarkan stesen TV berbayar itu sejak akhir-akhir ini. Bagaimanapun ianya mungkin satu tuduhan yang terburu-buru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ada kemungkinan Zizan mengurangkan aktiviti seninya untuk meredakan segala gosip dan kontroversi yang melanda dirinya.

Apapun Zizan harus tampil dan bijak dalam menangkis segala tuduhan ini kerana ia demi karier seninya. Apapun sampai ke hari ini rakyat Malaysia masih tertanya-tanya siapa pelawak kasanova yang didedahkan oleh dua orang wanita sebelum ini.

Sengal juga si palapor konon berkongsi sebab tak mahu lebih ramai wanita menjadi mangsa pelawak tersebut tapi taknak bagitahu nama. Haha! Sengaja buat kecoh tak pasal-pasal sorang demi sorang pelawak muncul dengan headline “Saya bukan Pelawak Kasanova Itu”. Alahai!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas