Connect with us

Oh! Media

Zizan Dan Emma Maembong Kembali Bersatu. Amran Pekida Menderita

Umum

Zizan Dan Emma Maembong Kembali Bersatu. Amran Pekida Menderita

Satu Malaysia dah tahu kisah cinta dua selebriti popular, Zizan dan Emma Maembong yang hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan. Ada yang kata si Emma ni kaki kikis. Mentang-mentanglah Zizan nak kena saman, terus minta putus. Dulu masa kaya-raya, elok je ikut berkepit sana sini.

ADVERTISEMENT

Ada juga yang kata si Zizan ni lembap sangat nak masuk line. Mungkin coverage dia tak berapa nak ada di kawasan pedalaman. Bawa anak dara orang sana-sini kemudian upload beritahu satu dunia tanpa memulakan sebarang tindakan ‘legal’ untuk masa depan hubungan mereka.

Hurm, mulut orang memang diorang boleh kata apa saja yang diorang suka, ye tak? Mulut tempayan bolehlah kalau nak tutup. Mulut orang ni kalau dah sumbat selipar jepun pun, tak mahunya dia diam.

Baru semalam juga Zizan dedahkan punca perpisahan dia dan Emma demi nak menjaga maruah dan air muka si Emma Maembong ni dari dituduh yang bukan-bukan oleh orang ramai. Walau macam tak logik pun ada alasan si Zizan ni bagi, tapi bersangka-baiklah kerna dia lebih tahu.

Tapi Zizan patutnya pickup la sikit. Emma tak kasi beli kereta tu, sebab dia nak suruh awak tu masuk meminang cepat-cepat lah tu dari membazir nak beli benda yang dah ada. Sibuk pasal hal kereta lagi nanti, bilanya nak fikir soal masa depan bersama. Cewah! Perempuan ni kalau start berubah berpakaian sopan, bertudung, dan sebagainya adalah salah-satu tanda dia nak menjadi yang terbaik untuk laki dia lepas kahwin nanti.

Tapi awal pagi tadi, tiba-tiba Zizan pun upload gambar kat atas ni antara dia dengan Emma kat Instagram dan juga Facebook dengan caption tertulis “Alhamdulillah..terima kasih Allah..terima kasih doa doa yang baik dari anda semua..i love u sayang ‪#‎loveu‬ ‪#‎missu‬”.

Hurm, geleng kepala kami dibuatnya. Sebab apa? Sebab hubungan cinta diorang ni mengingatkan kami tentang kisah percintaan luar-biasa Pengawas Pusat Sumber masa zaman sekolah dulu. Putus sambung, putus sambung, macam main kahwin-kahwin bawah pondok. Memang ramai yang rasa meluat.

Walau apapun, tentulah banyak pihak yang turut bersenang-hati jika Zizan dan Emma kembali bersama semula. Memang ramai yang mendoakan ni. Tak dinafikan mereka pasangan yang penuh ‘gula-gula’, manis tapi kalau terlebih boleh kena kencing manis. Bila tengok respon dari salah seorang peminat mereka ni, banyak perkara yang mereka berdua ni perlu renung-renungkan.

Kita doakan agar sampai jua ketika dan izinNya untuk Zizan menoktahkan semua yang berlaku. Setiap manusia berhak rasa bahagia. Berhak juga menzahirkan perasaan mereka di mana sahaja yang dia rasa ramai orang care. Jadi apa salahnya kita support sebab bila suatu hari nanti kahwin juga diorang ni, dah kita turut menyumbang saham secara tak langsung membantu proses mendirikan ‘masjid’ mereka.

Untuk Zizan, fokuslah pada kerjaya ya? Kami takut dengan kisah-kisah cinta begini hanya menjatuhkan kredibiliti anda sebagai seorang pelawak tersohor yang amat disukai ramai ketika ini. Kan lagi best bila tak dengar cerita apa-apa, tiba-tiba keluar headline berita, “ZIZAN NIKAH OKTOBER INI” gitu. Baru wow! Ini putus sambung putus sambung, baik diorang ni baca kisah Pengawas Pusat Sumber kami masa zaman sekolah tu. Haha.

Tapi ada cerita yang lebih menyayat hati. Well, untuk Amran Fans, selingan kami melalui artikel ini untuk anda dengan ucapan, menduda je la ko sampai ke tua Meran! Baru couple sehari dengan Emma Maembong (kononnya) dah kena tinggal balik. Hanis Zalikha sah-sah reject kau. Emma Maembong jeling sikit pun tak nak dah sebab abang Zan dah kembali. Tinggallah si Yana Samsudin dan Dina. Haha! Mereputlah sampai ke tua Meran oii….

Anyway Meran, dalam semua 31 orang memang artis-artis je yang kau follow ye? Tapi terima kasih sebab terselit Instagram Oh! Media sekali walau kami bukannya retis! Tapi jangan harap kami nak follow balik. Eh! 😛

Follow Oh! Media di Instagram jika belum!! Atau anda akan disantau! 😛

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas