Connect with us

Oh! Media

Ziana Zain Tidak Kisah Dikritik Berpakaian Ketat

Umum

Ziana Zain Tidak Kisah Dikritik Berpakaian Ketat

ADVERTISEMENT

Penampilan penyanyi dan pelakon hebat Ziana Zain di Festival Fesyen Islamik (IFF) di Cannes, Perancis baru-baru ini menimbulkan kritikan dikalangan para peminat yang mendakwa pakaian tersebut tidak melambangkan fesyen muslimah.

Namun, bagi pelakon yang berusia 47 tahun ini beliau tidak mengambil pusing tentang segala kritikan itu kerana menganggap ia satu lumrah yang terpaksa diterima oleh seorang artis dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

“Saya sebenarnya tidak ambil pusing mengenai perkara tersebut kerana dalam dunia artis ini orang akan mengata dan memuji.

“Setiap manusia mempunyai pandangan sendiri untuk memberi pendapat tetapi kadang-kadang orang yang memberi pandangan itu melihat seolah-olah diri mereka sempurna,” katanya.

——————————————————–
https://www.facebook.com/ohperfumenista
Promosi hebat di Oh! Perfumenista
FREE POSTAGE + FREE TESTER
Whatsapp – 0122553390

Menurut Ziana sebagai seorang selebriti uanh sering menjadi perhatian umum dia perlu menggayakan pakaian mengikut trend masa terkini.

“Sebagai seorang selebriti ikon fesyen saya perlu menggayakan pakaian yang mengikut trend terkini kerana tidak salah jika imej digayakan bersesuaian dengan majlis.

“Selagi pakaian yang dipakai itu masih menutup aurat ia sebenarnya sudah cukup bagi saya,” katanya.

Dalam majlis yang berlangsung pada hujung bulan Mei yang lalu itu, Ziana tampil dengan mengayakan pakaian rekaan Rizman Ruzaini berona emas.

OHMEDIA: Setiap orang ada pendapat masing-masing. Kalau nak dibahaskan sampai bila-bila pun tak habis. 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas