Connect with us

Oh! Media

Ziana Zain Sahkan Kini Berhijab Sepenuhnya

Umum

Ziana Zain Sahkan Kini Berhijab Sepenuhnya

ADVERTISEMENT

Seorang demi seorang selebriti wanita Malaysia semakin ramai untuk berhijab dan menjaga aurat masing-masing. Biapun bergelar artis dan kehidupan penuh glamor dan kecantikan, ia tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk tampil dengan imej sopan.

Selepas penghijrahan secara mengejut aktres cantik dan seksi Neelofa, dilihat pelakon Umie Aida, Ana Dahlia juga turut memilih bulan Ramadhan yang penuh berkat ini untuk melangkah ke fasa yang baru yang lebih baik.

Kini nampaknya pelakon dan penyanyi popular, Ziana Zain pula mengikut jejak langkah Neelofa, Umie Aida dan ramai lagi yang sudah berhijrah. Ziana Zain mengumumkan menerusi rancangan Meletop bahawa dia kini sudah berhijab sepenuhnya dan ia adalah berkat doa insan-insan yang menyayanginya.

“Alhamdulillah, saya kira ini adalah hadiah terbesar buat saya daripada Allah SWT di hari baik dan bulan mulia ini. Bermula hari Nuzul al-Quran, secara terbuka saya mahu mengumumkan kini sudah berhijab sepenuhnya. Ia berkat doa yang tidak putus-putus daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.

“Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa.

“Tiada pengumuman yang nak dibuat kerana yang penting apa yang dituntut(berhijab) saya telah cuba penuhi bermula dari Ramadan ini dan harapan saya biarlah ia kekal ke akhir hayat. Tiada apa yang lebih bermakna dari apa yang Allah SWT kurniakan kepada saya sekarang, Alhamdulillah.” jelas Ziana.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas