Connect with us

Oh! Media

Isu Artis Seksi Melampau, Zed Zaidi Nasihatkan Jangan Perbodohkan Diri Sendiri

Umum

Isu Artis Seksi Melampau, Zed Zaidi Nasihatkan Jangan Perbodohkan Diri Sendiri

ADVERTISEMENT

Pelakon dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi memberi pendapat bahawa artis Malaysia harus lebih bijak berfikir dan tidak memperbodohkan diri sendiri dalam melakukan sesuatu tindakan kerana ia mungkin akan memberi impak buruk pada industri seni tanahair.

Menurut Zed Zaidi yang ditemuramah oleh portal Malaysian Digest, setiap artis harus berhati-hati menerima tawaran mahupun sesi fotografi agar tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak.

“Kita sebagai artis janganlah sewenang-wenangnya biarkan diri diperalatkan oleh mana-mana pihak. Apa saja ‘job’ yang ditawarkan, itu rezeki masing-masing tetapi hati-hati. Artis juga seharusnya kaji terlebih dulu misalnya, kalau dituntut untuk melakukan sesuatu, artis itu harus tahu atas dasar apa dia perlu lakukan perkara itu?

“Kadang-kadang artis itu sendiri mungkin tidak tahu apa agenda di sebalik perkara yang mereka perlu lakukan itu. Persatuan ada sediakan khidmat kaunseling dan mereka boleh rujuk pada persatuan sama ada wajar atau tidak mereka menerima ‘job’ tersebut.

“Artis itu juga perlu fikir secara rasional, kalau sesuatu perkara itu tidak baik, janganlah buat. Kalau dia tahu yang dia pakai itu seksi dan sensitif, janganlah pakai.

“Sebab kalau ianya boleh memberi kesan negatif apatahlagi melibatkan sensitiviti masyarakat secara tidak langsung ia juga memberi implikasi yang tidak baik pada industri seni,” katanya.

Zed berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai aksi berani pelakon Diana Danielle yang tampil dengan pakaian sangat seksi sehingga mencetuskan kontroversi.

Malah, pelakon yang popular menerusi drama Sembilu Kasih ini juga berharap agar perkara ini tidak berulang lagi dan semoga artis lain juga dapat menjadikan kontroversi ini sebagai pengajaran. 

Walaupun menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak selepas gambarnya tersebar di media sosial, Diana nampaknya hanya mengambil langkah mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut tentang perkara berkenaan.

—————————————————————————————-

OHMEDIA: MENANGI 10 TIKET KE MALAM PRATONTON FILEM TERBARU ISYARAT CINTA ESOK DI e@CURVE, DAMANSARA JAM 7MLM. LIHAT DETAIL DI SINI http://www.ohmedia.my/2015/03/mungkinkah-isyarat-cinta-bakal-menandingi-kehebatan-ombak-rindu.html

—————————————————————————————-

DD, Contohilah Akak Ni. Ada Faedahnya Juga!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas