Connect with us

Oh! Media

Zamarul Masih Sayang Diana, Nikah Semula 16 Mei Ini

Umum

Zamarul Masih Sayang Diana, Nikah Semula 16 Mei Ini

Penceraian selama empat bulan dua pasangan pelakon Zamarul Hisyam dan bekas isterinya Diana Rafar memberikan hikmah bermakna buat mereka.

ADVERTISEMENT

Malah pasangan ini dijangka bakal rujuk kembali pada 16 Mei iaitu sempena tarikh yang sama perkahwinan mereka pada 16 Mei 2009 yang lalu.

Diana mengakui selama empat bulan bergelar ibu tunggal bukan sesuatu yang mudah buatnya manakala Zamarul pula yakin bahawa jodoh mereka pasti akan terjalin kembali walau cepat atau lambat.

“Mungkin jodoh kami masih kuat bersama, keputusan untuk rujuk semula adalah yang terbaik buat kami sekeluarga. Memandangkan saya dan Zamarul pernah bernikah pada 16 Mei 2009, jadi tarikh sama dipilih untuk rujuk semua. Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” ujarnya lagi.

OHMEDIA: Kami tumpang gembira buat pasangan ini. Mungkin perpisahan ini memberi ruang untuk memperbetulkan diri masing-masing.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas