Connect with us

Oh! Media

Di Awal Karier Luar Negara, Yuna Akui Pernah Diarah Buka Tudung

Ohmedia yunajpg

Umum

Di Awal Karier Luar Negara, Yuna Akui Pernah Diarah Buka Tudung


Penyanyi Yuna yang sedang meluaskan seni nyanyiannya di persada antarabangsa mengakui pernah diarah untuk menanggalkan tudung oleh ketua syarikat rakaman untuk teruskan kerjayanya.

Namun, Yuna tidak mudah melatah dan bersikap tegas untuk mempertahankan imej yang dibawanya.

“Ketika di awal karier saya, ketua syarikat rakaman pernah memberitahu saya – kamu mungkin perlu menanggalkan tudung – tapi tudung ialah identiti saya. Saya telah diminta untuk tanggalkan apa yang merupakan sebahagian dari hidup saya supaya boleh melakukan apa yang saya suka”

“Dan pada waktu itu, saya fikir saya perlu melakukan pengorbanan ini. Perlahan-lahan, saya belajar untuk mengatakan – tidak, inilah diri saya. Ini identiti saya dan saya mahu meneruskannya,” jelas Yuna.

Yuna akan membuat persembahan di Women of the World Festival (WOW) di Harlem, New York pada 11 hingga 14 Jun ini. 

IKLAN

OHMEDIA: Walaupun hakikatnya tudung Yuna tidak mengikut syariat Islam, dia berusaha untuk menutup aurat. InsyaAllah doakan satu hari nanti lebih baik.

———————-

Peluang berniaga bersama artis di KELANA MALL WEEKEND BAZAR. Cepat grab space berniaga terhad.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas