Connect with us

Oh! Media

Yazit Search Terima Bayaran RM30 Demi Teruskan Kehidupan

Umum

Yazit Search Terima Bayaran RM30 Demi Teruskan Kehidupan

Siapa tidak kenal dengan pemain dram terkenal Malaysia dari kumpulan Search iaitu Yazit Ahmad yang kini dikatakan masih bergiat aktif dalam industri muzik bersama kumpulan-kumpulan muzik jalanan.

ADVERTISEMENT

Namun, disebalik itu, Yazit juga mengatakan ia tidak kisah untuk menerima byaran hanya serendah RM30 demi kelangsungan hidup.

Ini kerana, dia memerlukan kira-kira RM1,000 untuk menanggung kos dialisis dan ubat-ubatan setiap bulan kerana sakit buah pinggang yang dialaminya sejak 10 tahun dahulu.

“Memang saya menerima bantuan Baitulmal untuk rawatan mencuci darah empat kali seminggu, tetapi bukan sepenuhnya. Saya masih perlu gunakan wang sendiri.

“Dalam keadaan kurang bertenaga, terutama selepas menjalani dialisis, sukar untuk mencari kerja lain. Dengan bakat yang ada, saya cuba keluar bekerja.

“Mujur ada kenalan yang mempelawa saya untuk bermain muzik. Biarpun bayarannya tidak banyak, saya bersyukur pintu rezeki masih dibuka,” katanya.

Yazit juga sejak beberapa tahun ini perlu menjalani rawatan dialisi secara berkala, selain dari perlu menjaga pemakanan.

“Allah menguji saya. Sebelum ini, Dia pernah memberi saya kesenangan dan apabila menerima ujian, saya bersyukur masih diberi peluang mengingati-Nya.

“Saya tahu, di luar sana ada suara sumbang yang mengata itu dan ini. Namun, siapa saya untuk menutup mulut mereka? Biarlah, saya reda.

“Sekarang, saya cuma mahu bekerja untuk mencari pendapatan. Memang anak membantu dari segi kewangan, tetapi kos perubatan agak tinggi membuatkan saya tidak boleh berpeluk tubuh,” kata.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas