Connect with us

Oh! Media

Yazit Search Masih Gagal Mencari Pembeli Keretanya Bagi Menanggung Kos Pembedahan Anak

Umum

Yazit Search Masih Gagal Mencari Pembeli Keretanya Bagi Menanggung Kos Pembedahan Anak

Nampaknya beban yang terpaksa ditanggung pemain dram popular negara Yazit Ahmad bertambah selepas kini dia terpaksa menjual keretanya bagi mencukupkan ks pembedahan jantung anak keduannya.

ADVERTISEMENT

Shahmirnuri anak kedua Yazit telah dimasukkan ke hospita minggu lalu dan masih dalam keadaan lemah kerana masalah jantung membengkak.

Walaubagaimapun, Yazit mengatakan sehingga ke hari ini kereta miliknya dan anaknya masih belum dapat dijual dan berharap ada antara mereka yang ingin membeli keretanya walaupun sedar akan berapa sahaja yang mampu dia peroleh.

“Kami sekeluarga masih berikhtiar selain memohon Unit Kebajikan Hospital menimbang diskaun daripada kos pembedahan yang dianggarkan RM35,000.

“Doakan semoga wang sebanyak itu dapat dikumpul. Boy perlu segera menjalani pembedahan memasukkan bateri pada jantungnya,” katanya kepada BH Online.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas