Connect with us

Oh! Media

Yatt Hamzah Menyesal dan Batal Cerai Selepas Ke Syria

Umum

Yatt Hamzah Menyesal dan Batal Cerai Selepas Ke Syria

Pelakon Yatt Hamzah, 35, yang dilaporkan telah memfailkan penceraian terhadap suaminya baru-baru ini telah mengakui menyesal dengan tindakannya selepas pulang dari misi kemanusiaan di Syria pada akhir Februari lalu.

ADVERTISEMENT

Menurut Yatt, dia menyedari bahawa tindakannya itu adalah suatu yang tidak wajar kerana masalah rumahtangga yang dihadapinya masih boleh diselamatkan.

“Sebagai seorang manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga saya yang tidak sempurna. Bila saya ke Syria barulah saya sedar bahawa masalah rumah tangga saya hanya masalah kecil jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria.

“Banyak perkara yang menyedarkan saya dengan apa yang saya hadapi sekarang tidak seteruk mana pun,” ujarnya.

Menurut Yatt, dia berasa kagum dengan ketabahan wanita di Syria kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan dan kebanyakkannya kehilangan suami dalam peperangan. Oleh sebab itu sepanjang berada di negara bergolak itu, dia banyak bermuhasabah diri dan cuba memperbaiki hubungan rumahtangganya semula. 

“Tindakan itu membuatkan saya malu dengan diri sendiri yang cepat melatah dengan membawa masalah rumah tangga saya yang tidak seberapa ini ke mahkamah.

“Balu-balu wanita disana terlalu tabah hingga mereka tidak mahu berkahwin lain semata-mata untuk bersama suami di syurga nanti.

“Saya sedar hanya dia sahaja lelaki terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya. Insya-Allah doakan yang terbaik agar kami terus bersama sebagai suami isteri,” katanya.

Kini Yatt sedar dan yakin bahawa suaminya adalah satu-satunya lelaki yang ditakdirkan Allah untuk melindungi keluarganya sepanjang hayat.

OHMEDIA: Ada hikmah disebalik sesuatu kejadian. 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas