Connect with us

Oh! Media

Yana Samsudin Dikecam Dengan Netizen Persoal Status Rihana Oksana

Umum

Yana Samsudin Dikecam Dengan Netizen Persoal Status Rihana Oksana

Sejak semalam lagi kecoh tentang sijil penceraian Rihana Oksana yang viral di media yang disahkan cerai talak tiga bersama Sultan Kelantan. Mana taknya, tiba-tiba netizen kecoh pasal diaorang ni. Sis pun terkejut juga bila dengar berita ni.

ADVERTISEMENT

Benda ni memang mendapat perhatian di kalangan netizen sehingga diaorang semua tertanya-tanya sama ada betul atau tidak tentang status Rihana Oksana dan Sultan Kelantan. Malah, ada juga pelakon iaitu Yana Samsudin yang meninggalkan komen di Instagram Rihana untuk tahu apa terjadi di antara mereka berdua.

Walau bagaimanapun, komen yang ditinggalkan oleh Yana Samsudin membuatkan netizen rasa kurang senang hati dengannya sehingga ramai yang kecam Yana dan ada yang mengatakan Yana ni memang menyibuk dengan hal rumah tangga orang lain. Kesiannya Yana! Dia tanya je, bukannya kutuk Rihana.

Setakat ini, berita tu masih belum disahihkan lagi. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang ungkit kembali isu lama dimana sebelum ini Yana pernah dikecam sebab mencampuri hal perceraian Fizo Omar dan Mawar Karim. Kemungkinan dia nak tahu kepastian je kot?

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas