Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Yana Samsudin Terima Fadzil Selepas Buat Solat Istikharah

Umum

Akhirnya Yana Samsudin Terima Fadzil Selepas Buat Solat Istikharah

 

Sudah lama gosip tentang hubungan cinta pelakon cantik Yana Samsudin dengan adik kepada aktor Farid Kamil iaitu Fadzil. Namun, kedua-dua tidak pernah mengiyakan perkara tersebut.

ADVERTISEMENT

Kini semuanya terjawab apabila mereka dua mengesahkan bakal melangsungkan penikahan pada 13 Februari ini.

Menurut Yana, dia kagum dengan kesungguhan Fadzil yang menunggunya hampir 6 tahun, malah Yana mengakui pernah menolak pinangan keluarga Fadzil pada tahun 2010 kerana masih belum bersedia untuk berumahtangga.

Walaubagaimanapun, pada 14 Disember lalu, Fadzil sekali lagi menghantar rombongan meminang tanpa pengetahuan Yana malah dia sedang sibuk dengan separuh akhir Anugerah Juara Lagu TV3.

“Macam nak luruh jantung saya! Sebelum ini, Fadzil beritahu mahu bertemu keluarga saya di Yong Peng. Saya tidak terfikir beliau menghantar rombongan meminang. Dalam diam, Fadzil sudah berpakat dengan orang tua saya. Mereka sengaja mahu buat kejutan kepada saya.

“Jujurnya, saya berada di persimpangan dilema, terima atau sebaliknya. Bapa saya menyarankan saya melalukan solat istikharah terlebih dulu. Keluarga bagi saya tempoh bertenang.

“Saya buat solat istikharah tapi saya tak nampak apa-apa. Namun, gerak hati saya bagaikan terbuka menerima kehadiran Fadzil. Mungkin inilah petanda yang Tuhan tunjuk dalam menentukan pilihan hidup

“Agak lama termenung, saya fikir kenapa saya harus menolak insan yang betul-betul menyayangi saya? Fadzil dan keluarganya melamar dengan cara adat.

“Apa yang saya harapkan apabila menjadi suami, Fadzil tidak berubah. Bagaimana kita berkawan dulu, begitulah sikapnya apabila menjadi suami saya.”

Yana dan Fadzil menetapkan 13 Februari sebagai majlis akadnikah manakala majlis resepsi akan dilangsungkan keesokkan harinya.

Post by Fadzil Zahari.

OHMEDIA: Tahniah diucapkan kepada Yana & Fadzil. Akhirnya sampai
sudah masa Yana mendirikan rumahtangga. Semoga berbahagia sentiasa.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas