Connect with us

Oh! Media

Wanita Ini Kongsikan Semua Jenis Kerusi Pawagam Yang Terdapat Di Malaysia

Umum

Wanita Ini Kongsikan Semua Jenis Kerusi Pawagam Yang Terdapat Di Malaysia

Ni GOLD CLASS seat. Ini di GSC. 3 tempat je ada . The Garden Midvalley, Pavilion dan One Utama.

ADVERTISEMENT

Ni kak as tgk di Signature The Garden. Seat dia memang selesa. Ni boleh order makanan dalam ni je. Tekan je button merah tu. Ni siap selimut semua

Seat boleh laras. Tekan je button tepi kerusi tu nanti akan keluarlah tempat letak kaki. Nak baring macam katil kat rumah pun boleh. Dalam ni seat tak banyak. Dalam untuk 30 seat je tak silap. Harga Rm70/seat

Ni Platinum seat. Ni ada di mmcineplexes. Ni hanya ada di E Curve sahaja tak silap. Ni harga Rm40/seat.

Kak as lagi suka seat ni dari Gold Class. Sebab lagi besar dan bukan leather seat mcm gold class. Empuk je rasa time baring. Kaki pun boleh laras dan naikkan

Tapi spoil. Kak as order minuman panas then kak as tertumpahkan. Lencun habis seat😂

Ni bantal dan selimut kena bayar. 1 set tu Rm5 jea. Kak as bayar sebab dalam tu bukan main sejuk. Kena tinggal. Jangan bawak balik pulak

Ni MX4D. Ibu mengandung atau ada penyakit jantung DILARANG masuk sama sekali. Sebab kerusi dia akan bergerak ikut movie. Bergegar. Masa tengok ni kami tonton citer predator. Boleh tahan lah, siap ada air kena muka. Ada masa keluar bauan. Ikut movie. Bila kat movie ada helikopter mendarat rasa berangin je kat muka

Enjoylah jugak. Tapi kalau nak relaks, seat ni tak berapa sesuai. Mana nak relaks kalau asyik bergegar2

Kat Malaysia ni ada 2 jea MX4D under MBO ni. Kat The Starling Mall, Damansara dan Kuantan City Mall

Kak as opkos tgk kat Starling Mall. Harga masa kak as booking online Rm30/seat. Ohh yaa.. nak booking semua seat ni secara online u olls pergi official setiap cinema punya website

Bila select cinema yg ada benda2 ni baru keluar pilihan seat tu. Contoh kak as masuk MBO online. Then pilih cinema: The starling. Contoh ada cerita predator kamu akan perasan ada dua pilihan predator tu. Satu akan tulis predator (MX4D). So klik yg tu.

Ni Bennie seat. Yang ni kak as pergi sekali je. Hahaha. Tobat tak mau dah. Tenggelam terus. Kalau kat rumah tak pe. Kalau kat sini nak tergolek-golek macam tak cukup sopan. Hahaha

Bennie seat ni under TGV. Kak as tgk di sunway pyramid. Takde selimut bantal semua. Harga Rm52/seat

Ni SEAT paling kak as suka. INDULGE SEAT. Ni under TGV. Ada di 2 tempat je. Sunway Velocity dan One Utama.

Dah banyak kali ambik seat ni. Tak tahu kenapa. Seat dia paling kak as suka. kaki boleh laras dan naikkan dengan sgt selesa

Makanan kat sini pun sedap2. Tapi bayar asing lah. Tak termasuk tiket
Tekan button nanti waiter dia datang. Ni Rm80/seat tak silap. Siap selimut dan bantal

Ni seat biasa. Ni Rm10-Rm15

Kredit dan perkongsian: Astiey Nurasiah

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas