Connect with us

Oh! Media

Wang Rampasan RM114 Juta Disahkan PDRM

Umum

Wang Rampasan RM114 Juta Disahkan PDRM

Minggu lalu, Malaysia telah digemparkan dengan beberapa serbuan dan rampasan 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis matawang dan barangan beharga yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan kes 1MDB.
Ramai yang menantikan berapakah jumlah rampasan terbabit dan kini menurut Amar Singh, proses pengiraan wang tunai telah dijalankan selama 3 hari iaitu dari 21 Mei hingga 23 Mei dan turut mendapat bantuan dari Bank Negara Malaysia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh mengesahkan wang sebanyak RM114 juta dijumpai pada 35 beg daripada 72 beg yang dirampas dan jumlah itu melibatkan 26 mata wang mengikut kadar pertukaran semasa.
Sebanyak 11 mesin kira juga telah digunakan dan seramai 21 pegawai BNM diperlukan bagi membantu melakukan pengiraan terbabit.
Oh! Media: Jadi kita perlu tunggu baki 37 beg lagi yang dikatakan mengandungi barang kemas dan jam tangan yang berharga. Di masa rakyat mencari rezeki kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, mereka yang berkuasa dahulu kais duit rakyat dan simpan berjuta-juta di dalam rumah. Jom kita nantikan sambungan ‘drama’ ini.

ADVERTISEMENT
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas