Connect with us

Oh! Media

Akibat Komen Lucah, Wak Doyok Ditegur Ibu Kilafairy

Umum

Akibat Komen Lucah, Wak Doyok Ditegur Ibu Kilafairy

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, selebriti Wak Doyok telah dikecam dan dianggap sebagai seorang yang gila seks kerana sengaja meninggalkan komen berbaur lucah di salah satu gambar selebriti Kilafairy di Instagram.

Oleh itu, ibu kepada pelakon wanita itu yang juga seorang penyanyi iaitu Rohana Jalil menganggap tindakan Wak Doyok meninggalkan komen sebegitu pada gambar anaknya adalah tidak wajar.

Menurut Rohana, sebagai seorang selebriti mereka sewajarnya menjaga batasan terutama di media sosial kerana apa yang dilakukan sentiasa diperhatikan.

“Dia tak patut bergurau sebegitu walaupun hubungan mereka baik seperti adik-beradik sekalipun. Ini kerana orang luar akan mentafsir dengan persepsi lain.

“Sebagai selebriti mereka perlu jaga perkara itu dan tidak boleh membawa hubungan rapat itu melebihi batasannya terutama di zaman madia sosial ini,” ujarnya.

Tambah Rohana lagi, dia dan suami sering menasihatkan Kila supaya tidak berpakaian terlalu seksi kerana ia juga boleh menjejaskan maruah keluarga di mata rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.

“Ayah dia dah selalu marah supaya jangan pakai seksi ketika keluar, dia tak mahu orang luar atau kawan-kawannya bertanya tentang soal pemakaian Kila.

“Namun, itulah, budak sekarang kalau tegur banyak kali nanti buat muka dan merajuk pula,” ujarnya.

OHMEDIA: Ya. Semoga Kilafairy lebih menjaga cara berpakaian agar lebih sopan dan menyerlahkan lagi kecantikan semula jadi Kila.

————————————————————-

ISYARAT CINTA

Mulai 19 Mac 2015 ini, kisah cinta unik dan terindah akan mula menyerang seluruh pawagam tanah air. Filem Isyarat Cinta arahan pengarah hebat Bade Haji Azmi bakal membuatkan hati anda menangis. Kalau tak percaya kena tengok sendiri ok!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas