Connect with us

Penghargaan Tertinggi Untuk Aktiviti Kesukarelawanan. Undi Sekarang!

Branded

Penghargaan Tertinggi Untuk Aktiviti Kesukarelawanan. Undi Sekarang!

Volunteer Malaysia Awards yang dibawa oleh iM4U bertujuan untuk meraikan serta memberi penghormatan kepada para sukarelawan yang telah memberi inspirasi dan mendorong semangat kesukarelawan kepada masyarakat.

Beberapa minggu lalu, masyarakat umum telah diuar-uarkan untuk mencalonkan projek-projek sukarelawan yang wajar dihargai.

Walaubagaimanapun, pencalonan telah ditutup dan iM4U memerlukan anda untuk mengundi pemenang Anugerah Pilihan Umum daripada 29 projek sukarelawan yang telah disenarai pendek.

Kesemua projek yang tersenarai dalam kategori Inisiatif Sukarelawan Terbaik dipilih kerana kerja-kerja yang dijalankan memberi impak besar dengan menggunakan perbelanjaan minimum.

Antara projek dibawah Inisiatif Sukarelawan Terbaik ialah projek “The mBL Epic Build” oleh myBurgerLab dibawah subkategori Sektor Swasta.

Inisiatif mBL Epic Build membina rumah untuk keluarga Orang Asli

Menerusi projek ini, pihak myBurgerLab berhasrat membina kediaman untuk sebuah keluarga di Kampung Serendah disamping mendidik pelanggan mereka mengenai kesukaran kehidupan masyarakat orang asli.

Melalui platform sosial media myBurgerLab serta bantuan seramai 35 orang sukarelawan, sebanyak RM70,000 berjaya dikumpulkan untuk membina sebuah rumah dalam jangka masa tiga hari.

Pihak myBurgerLab turut berharap supaya ianya dapat diteruskan dalam menyebarkan kesedaran mengenai komuniti Orang Asli serta mengalakkan orang ramai melakukan kebaikkan seperti membina rumah kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Inisiatif sukarelawan “Generating Opportunities for the Learning Disabled”(GOLD) oleh Pertubuhan Pendidikan Kurang Upaya adalah salah satu lagi pencalonan di bawah kategori Inistiatif Sukarelawan Terbaik – NGO.

kanak kanak istimewa GOLD memajukan bakat dan kebolehan

Menerusi GOLD, pelbagai organisasi dapat mendekati komuniti “Learning Disabilities” (LD) dengan menyediakan platform untuk mereka mengasah bakat kemahiran di sekolah dan di tempat kerja melalui pelbagai program yang unik.

Inisiatif – inisiatif daripada GOLD ditubuhkan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai. Antaranya ialah Kindness Cookies, merupakan sebuah projek yang dianjurkan bagi mejana keuntungan melalui penyediaan, penjualan dan pengedaran biskut.

Selain itu, buku yang berjudul “Bring Differently Abled” telah dicetak dan diceritakan dalam majalah Malaysia Airlines (MAS). Buku dan artikel yang diedarkan telah berjaya menarik perhatian orang ramai untuk menyumbang semula kepada masyarakat.

Kategori Lain

Kategori lain yang dibuka untuk undian dibawah Inisiatif Sukarelawan Terbaik adalah Anugerah Personaliti. 5 pencalonan yang telah disenarai pendek termasuk Mizz Nina, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa, Erma Fatima Rahmad, Faizal Tahir dan Hideaki Lim.

Kesemua projek dibawah personaliti tersebut melibatkan bantuan banjir dan pengedaran makanan kepada golongan kurang berkemampuan demi menjana dana. Orang ramai diberi peluang untuk mengundi personaliti pilihan mereka.

Undian boleh dibuat menerusi www.im4u.my/vma/vote dan akan tamat pada 2 Disember 2016.

Disamping itu Inisiatif Sukarelawan Terbaik, iM4U akan mengenal pasti usaha para sukarelawan yang melakukan aktiviti kebajikkan sepanjang tahun. Pengiraan markah adalah berdasarkan bilangan jam yang dimanfaatkan untuk menjalankan program mereka. Para pemenang akan merebut gelaran Volunteer Malaysia Awards untuk Emas, Perak dan Gangsa.

Anugerah Lain

Anugerah lain yang akan diberikan ialah Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Anugerah Superelawan Tahunan, Anugerah Khas Juri, Anugerah Kempen Media Sosial Terbaik dan Anugerah iM4U FM untuk Lagu Kemanusiaan Terbaik. Kesemua calon akan dipilih oleh panel juri bertauliah.

Ketua Pegawai Eksekutif iM4U, Rudy Malik menegaskan bahawa Volunteer Malaysia Awards akan mengiktiraf segala usaha murni yang dilakukan oleh para sukarelawan.

“Adalah sesuatu yang baik apabila kita dapat mengetahui dan menghargai kerja keras dan komitmen para sukarelawan ini,” jelasnya.

Pengarah, Kumpulan Pengurusan Jenama, Tan Shyue Wern menambah bahawa Volunteer Malaysia Awards juga bertujuan memberi motivasi kepada para sukarelawan untuk terus terlibat dalam kerja kesukarelawan dan dalam masa sama memberi inspirasi kepada golongan belia yang lain.

Majlis Volunteer Malaysia Awards ini akan diadakan pada 9 Disember di Grand Lagoon Ballroom, Aras 15, Sunway Resort Hotel and Spa.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Trending

To Top