Connect with us

Oh! Media

Smooth Dengan 90Hz, 64MP Kuad-Kamera, Semuanya Dengan realme 7i Hanya Dengan RM999

Branded

Smooth Dengan 90Hz, 64MP Kuad-Kamera, Semuanya Dengan realme 7i Hanya Dengan RM999


Telefon pintar realme sememangnya menjadi satu fenomena di Malaysia disebabkan harganya yang sangat berbaloi dengan spec yang ditawarkan. Tak hairanlah semua telefon pintar yang mereka dah keluarkan sebelum ini semuanya laku keras! 

Tapi realme masih tak nak duduk diam dan sekali lagi keluarkan telefon pintar terbaru, realme 7i dengan slogan ‘Dare to Leap’. Semuanya untuk memastikan pengguna mereka menggayakan telefon pintar yang trendy dan stylish sepanjang zaman. 

Sesuai sangat kalau nak main game atau layan movie kegemaran anytime, anywhere 

Telefon pintar terbaru realme ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.5 inci IPS LCD yang menyokong 1600×820 pixel gais. Pergh! Besar gila dan mesti puas hati bila korang nak layan movie ataupun drama-drama kegemaran dimana-mana sahaja dengan hanya menggunakan sebuah phone. Nak meniarap boleh, nak terlentang pun boleh ikut keselesaan korang sendiri. 

realme 7i ni semestinya berikan pengalaman game yang terbaik sebab skrin dia menyokong sehingga 90Hz kadar segar semula. Mesti graphic akan nampak smooth gila dan tak sekat-sekat bila korang layan Mobile Legends, PUBG dan sebagainya. Barulah senang nak kalahkan pihak lawan nanti. 

Gambar waktu malam dari 64 megapixel realme 7i pun dah sharp, apatah lagi siang

realme 7i ini didatangkan dengan kuad-kamera yang terdiri daripada 64 megapixel gais. Jadi, korang tak perlu risau lagi untuk dapatkan pengalaman fotografi terbaik dengan kamera yang tersedia pada realme 7i terbaru ini. Bila zoom hasil gambar tu, tak pecah langsung dan nampak masih sharp. Terbaik! 
 
Pada waktu malam juga tidak jadi masalah kalau korang nak snap gambar pemandangan atau sebagainya. Dengan 3 Night Filter iaitu Cyberpunk, Flamingo dan Modern Gold yang ada pada realme 7i ni, korang boleh dapatkan hasil gambar bangunan-bangunan atau pemandangan bandar yang memukau ketika waktu malam. Superb gila!
 
Walaupun dengan kehadiran sumber cahaya yang terhad, namun gambar yang dihasilkan masih berada di kelas tersendiri. Bukan senang mendapatkan telefon pintar dengan Night Filter sendiri untuk memberi kepuasan kepada pengguna mengambil gambar tidak mengira waktu atau cahaya yang terhad.
 
Bukan tu jer, kamera depan realme 7i ni pun sangat jelas dengan 16 megapixel Sony IMX471. Kalau dah nama pun lens Sony memang berkualiti tinggi lah hasil gambar dia dan semua untuk korang yang suka video call! 

Bateri 5,000mAh pun dah cukup! Siap ada Mod Super Power Saving Lagi

Apa yang menariknya, telefon pintar terbaru realme ni hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang membolehkan ia tahan lama walau lama mana pun korang gunakan. Siap ada 18W fast-charging menggunakan USB Type-C, ia akan lebih mudah untuk korang cas dengan cepat walau di manapun korang berada. Hanya 30 minit je nak dapatkan 33%. 
 
Dengan adanya Mod Super Power Saving, bateri realme 7i ni akan tahan lebih lama dari sepatutnya sebab ia akan menjimatkan bateri pada tahap agresif. Hasil kajian mendapati yang korang boleh menggunakan aplikasi Whatsapp selama 1.1 jam dengan hanya menggunakan 5% bateri je. Mantul gila gais. Bolehlah chat awek korang tu berjam-jam. 

Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 662

Cip pemprosesan yang ada pada realme 7i ni memang dah cukup untuk kegunaan harian yang dikuasakan dengan Snapdragon 662. Dengan memori 8GB RAM, realme 7i ni takkan rasa berat dan mesti laju je kalau korang nak beralih dari satu aplikasi ke aplikasi lain. Korang juga boleh simpan banyak movie, game dan sebagainya dengan 128GB yang tersedia. 
 
 
Bagi mendapatkan secara online, dapatkan realme 7i di Lazada bermula hari ini (13 Oktober 2020). Dapatkan realme Power Bank 2 PERCUMA pada hari ini sahaja!
 
Untuk jualan offline di realme store dan pengedar sah seluruh negara, model ini akan mula didapati pada 17 Oktober ini. Paling best, boleh dapat realme Buds Classic percuma juga! 
 
Kalau nak tahu, model realme C17 akan dilancarkan tak lama lagi. Mesti ramai tertunggu-tunggu kan?
 
Ohmedia rasa sangatlah berpatutan untuk korang dapatkan phone dengan spec yang realme tawarkan pada realme 7i terbaru ini. Apa yang kami bagitahu tu baru sikit tau. Jangan lupa stay tuned di laman Facebook rasmi realme untuk info lanjut. Jangan ketinggalan!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas