Connect with us

Oh! Media

(Video)Tular Video Gerhana Bulan Gergasi, UniSZA Sahkan Ia Palsu dan Tak Logik

Oh! Tidak

(Video)Tular Video Gerhana Bulan Gergasi, UniSZA Sahkan Ia Palsu dan Tak Logik

Tular baru-baru ini di media sosial yang mana sebuah video berdurasi 36 saat memaparkan bulan bersaiz gergasi ketika fonomena gerhana bulan Super Flower Blood Moon yang dikatakan berlaku di Artik kelmarin adalah palsu.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, Penyelidik Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Madya Dr. Roslan Umar berkata, fonomena yang menjadi kerisauan penduduk bumi itu bagaimanapun adalah tidak logik dan bertentangan dengan hukum alam.

Menurut Dr. Roslan, beliau telah menerima pelbagai pertanyaan ke atas fonomena itu daripada media sosial sama ada video terbabit sahih atau tidak.

Saya menerima banyak pertanyaan daripada netizen termasuk golongan terpelajar di media sosial yang bertanyakan kesahihan penyebaran video tersebut yang kononnya berlaku ketika fenomena gerhana bulan Perigee dengan Super Flower Blood Moon kelmarin.

Ia adalah tidak logik jika bulan boleh dilihat sedekat itu sedangkan jaraknya sewaktu berlaku gerhana bulan Perigee ialah 357,000 Kilometer dari bumi.

357,000 Kilometer adalah jarak yang paling hampir untuk buan dapat dilihat dari bumi

Terdahulu tular video berdurasi 36 saat yang mendakwa bulan bersaiz gergasi telah melindungi matahari di Kutub Utara di antara sempadan negara Rusia dan Kanada sehingga menyebabkan kawasan sekeliling bergelap dalam lima saat.

Dr. Roslan turut berkata, jika benar fonomena bulan bersaiz gergasi itu berlaku, sudah semestinya bencana alam seperti tsunami yang dahsyat kepada bumi akan berlaku oleh sebab tarikan graviti yang luar biasa.

Berhubung dengan kejadian, Felo Institut Penyelidikan Alam Sekitar dan Pantai Timur UNISZA menasihati netizen agar menyelidik dahulu sebelum mempercayai atau menyebarkan sumber yang tidak sahih di media sosial.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas