Connect with us

Oh! Media

(Video) Soo Wincci Desak Najib Razak Letak Jawatan

ohmedia soo winccijpeg

Umum

(Video) Soo Wincci Desak Najib Razak Letak Jawatan

Penyanyi terkenal So Wincci, 29 telah memuatnaik satu video untuk meluahkan rasa terharu kepada rakyat Malaysia turut padang menjayakan Besih 4.0 baru-baru ini.

Dalam video tersebut juga, Wincci turut mendesak Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak untuk meletak jawatan dengan segera memandangkan pemimpin itu sudah lama mentadbir negara dan begitu selesa dengan kedudukan itu.

Walaupun mungkin akan menerima padah seperti disenaraihitamkan daripada menjejaki negara ini lagi, Wincci sanggup menerima risiko itu jelas penyanyi yang semakin popular di Taiwan.

IKLAN

Tegasnya, sebagai selebriti dia berani bertindak sedemikian kerana mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang pentadbiran perdana menteri dan bersedia sekiranya dilucut taraf kerakyatan.

”Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima.

“Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu,”

Bagaimanapun katanya, dia tiada niat untuk melukakan hati mana-mana pihak, namun apa yang dilakukannya hak sebagai seorang rakyat.

“Andai kata perjalan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri.

”Apa yang dibuat bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi kita pada masa akan datang,” tegasnya yang kini sedang berada di Taiwan atas urusan kerja.

——————————————————– 

https://www.facebook.com/ohperfumenista
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas