Connect with us

Oh! Media

(Video) Mawar Rashid Dikritik Akibat Bagi Jawapan Merepek Tentang GST

Umum

(Video) Mawar Rashid Dikritik Akibat Bagi Jawapan Merepek Tentang GST

Nama Mawar Rashid sememangnya terkenal di laman sosial terutamanya di Instagram. Dengan jumlah pengikut yang ramai iaitu 250ribu orang di Instagram dianggap sebagai satu kekuatan bagi Mawar untuk bersaing dalam pertandingan Dewi Remaja 2014/2015.

ADVERTISEMENT

Malah, Mawar juga dikenali kerana raut wajahnya yang cantik. Namun pertandingan ini bukan sekadar mempertaruhkan rupa paras sahaja kerana seseorang peserta itu haruslah menjadi wanita yang “Beauty with Brain”.

Dalam satu temubual “one take” yang dipengacarai oleh wartawan hlive, Elly, Mawar kelihatan agak ‘awkward’ dan blur untuk menjawab soalan bertubi-tubi daripada Elly. Malah, Mawar juga dilihat memberi jawapan yang kurang bijak apabila ditanya tentang GST.


Berikutan itu, Mawar dikritik hebat kerana tindakannya yang cuba menegakkan benang yang basah kerana menyatakan telah membuat kajian tentang GST namun maksud GST itu sendiri tidak tahu.

Namun, selepas menerima kecaman hebat ramai pihak, Mawar membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya.

“Guys.. Maksud (gst) is goods and services tax yg menggantikan (sst) sales and services tax.. mawar mintak maaf pada semua sebab mawar kurang peka tentang isu ekonomi negara..pelajaran & assigments serta aktivit2 mawar yg padat setiap hari telah membuat mawar lalai tentang perkembangan isu semasa..mungkin ade yg diluar sana sebaya mawar yg mungkin jugak kurang pasti tentang GST..mawar belajar dari kesilapan dan insyaallah akan lebih membuka minda tentang isu isu semasa..mawar apologise once again dan ambil setiap kritikan dan teguran utk improve diri mawar to b a better person..tq to all yg still support mawar.. mawar nak sambung study. wish me luck guys❤️peace no war ✌”

Malah, perkara itu juga turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad.

OHMEDIA: Setelah ditonton semua video fanalis Dewi Remaja 2014/2015 semuanya cantik-cantik, tapi knowledge kena banyak timba ilmu lagi.

Siapa Nak Tablet Baru?

Ada masa beberapa hari sahaja lagi untuk contest #GilaGila7E anjuran 7-Eleven Malaysia. Siapa nak menang tablet dan…

Posted by Oh! Media on Monday, April 27, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas