Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Frontliners Menari Hiburkan Penduduk Undang Sebak Netizen

Oh! Tidak

(VIDEO) Frontliners Menari Hiburkan Penduduk Undang Sebak Netizen

Baru-baru ini tular di media sosial apabila tersebarnya sebuah video memaparkan gelagat sekumpulan frontliner yang sedang menari di hadapan sebuah kawasan perumahan undang sebak dalam kalangan netizen.

ADVERTISEMENT

Video berdurasi 45 saat itu dikongsikan oleh pengguna laman Twitter bernama @brgsjks memaparkan sekumpulan frontliner yang lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) dan giat menghiburkan penduduk kawasan itu seolah-olah ingin memberikan semangat kepada mereka.

Menurut pada video tersebut, rata-rata penduduk dilihat berada di rumah masing-masing dan hanya petugas barisan hadapan sahaja yang berada di luar premis.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak melihat gelagat petugas barisan hadapan itu apabila terkenangkan kesusahan serta pengorbanan mereka yang berjuang bagi mengawal menyebaran serta menyembuhkan pesakit-pesakit semasa pandemik ini.

Namun, demi memberikan semangat kepada semua orang, mereka sanggup mengalihkan sementara kelelahan mereka untuk memastikan semua orang tidak berasa tertekan.

Meninjau pada ruangan komen pada hantaran itu, pengguna bernama @MatYiie mengatakan bahawa dia pada asanya tidak mengemari melihat gelagat mereka menari, namun terasa seba bila mengenangkan pengorbanan mereka.

Aku paling benci tengok orang berjoget takde pedoman macamni. Tapi bila tengok frontliners ni buat, aku rasa happy, kagum, sebak. Sebab aku tahu diorang dah bekerja lebih dari sepatutnya.Diorang dah terlampau penat. Aku harap Allah mudahkan semua urusan frontliners dunia akhirat.

Pengguna bernama @ChBursaDaughter pula turut merasakan sebak melihat kesungguhan frontliner itu.

Asal sebak eh? Sampai macam tu sekali Frontline kita usaha tak nak bagi org awam stress.. kalau korang nak tahu, nak bagi imunisasi badan kita kuat, bukan semata makanan / ubat, tapi emosi & perasaan pun main peranan juga.. Semoga kita semua kuat tempuh PKPD kali ini.. Aminn

Video yang telah dikongsikan itu sehingga kini telah mencapai 11,000 lebih tanda suka dan 6,770 tweet semula.

Kredit: Twitter, Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas